Jangan dedahkan aurat anda.
Pakailah pakaian yang sesuai ketika solat.
- Ada manusia yang solat dengan memakai baju yang singkat atau ketat, dan apabila mereka ruku' atau sujud, aurat mereka terdedah.
- Apatah lagi ada lelaki yang suka memakai seluar londeh! Apabila sujud nampak boxer! Nasib baik nampak boxer! Tu pun dah meloyakan jemaah di belakang.
- Ada lagi teruk yang terdedah lurah punggung... eeei... kekadang Tedi pelik kenapa manusia sebegini ada? Bagaimana mereka ni boleh dikatakan cukup hebat kerana berjemaah namun tak jaga tatacara solat berjemaah?
- Jika aurat terdedah lebih daripada masa yang diambil untuk mengucapkan Subhanallah sebanyak 3 kali, solat anda terbatal.
- Selain itu elakkan pakaian yang mengganggu jemaah lain contohnya pakaian dengan gambar-gambar atau tulisan.
- Bagi lelaki pula, elakkan pakai seluar atau pakaian yang melebihi buku lali.
20141112

Ulasan