Kembara ke Kuching kali ini adalah untuk pergi ke kenduri kahwin bekas teman sepejabat Master.

Master sebenarnya tak kisah pun pasal kenduri tu tapi sebab sebelum ni Mommy ada ajak ulàng kembara ke Kuching, maka Master pun berselorohlah ajak buat kembara ni.

Lagipun Master prefer kembara yang ada orang lain boleh tangkapkan gambar. Kalau selfie pasti muka Master akan tak senyum sebab duk fokus nak snap gambar tu.

Tup tup menjadi pula kembara ni.

Tapi itinerary untuk kembara kali ni pun sama juga macam dulu, tak cukup jelas, maka ia mungkin satu lagi edisi kembara kenali Kuching. Kembara Kuching kali ini disertai oleh 7 orang dewasa, 1 kanak-kanak, dan 1 bayi.

Karangan ini dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti:

  1. Melawat Muzium Kucing
  2. Kopi O
  3. Ke homestay kita
  4. MYDIN Samariang, Kuching
  5. Dewan Suarah Sarawak
  6. Tugu Kuching
  7. Dayang Salhah
  8. Mira Cake House
  9. White Barouk
  10. Makan Malam di Teh Tarik Corner

Melawat Muzium Kucing

16 Disember 2017, Sabtu.

Setelah mendarat dan melepasi pemeriksaan imigresen, kami pergi mengambil kereta.

Sepatutnya kami sewa Exora tapi yang datang ialah Avanza, sedih betul. Punah harapan Master nak pandu uji Exora, tambahan sekarang Exora dah digantikan dengan Ertiga.

Mungkin nantilah Tedi cerita pasal Avanza yang kami sewa itu.

Selepas ambil kereta, kami mula merayau, cadangnya ke lokasi berhampiran memandangkan nanti kami akan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching itu untuk jemput kumpulan kedua yang menaiki AirAsia. Ketika kami mendarat tadi, mereka baru sahaja berlepas dalam 30 minit. Maksudnya mereka mungkin akan tiba jam 10:30.

Melalui Google, kami ditawarkan dengan dua destinasi, Muzium Sarawak dan Muzium Kuching.

Master memilih Muzium Sarawak tapi akhirnya Mommy tetapkan Muzium Kucing sebagai destinasi. Master pun okay sahaja kerana Master ingatkan Muzium Kuching adalah pasal Kuching, tetapi bila nak sampai, baru Master tahu ia adalah "cat museum".

Muzium Kucing terletak dalam bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara, dan ketika itu ada event oleh DBKU maka kereta tak boleh ke depan lobi. Terpaksalah kami menyorong Aina dalam kepanasan ke bangunan tersebut. Sungguh tak mesra pelancong.

Muzium Kucing tak kenakan bayaran masuk, sebaliknya mengenakan bayaran ke atas kamera. Kamera digital milik kami dicaj RM 4.

Apa ada di sana?

Adalah patung-patung Kucing, sedikit maklumat pasal Kucing Sarawak, sejarah tentang Bandar Kuching, lukisan Kucing, dan barang hiasan berbentuk Kucing.

Berbaloi tak?

Terpulang. Ia berbaloi buat Master kerana Master dapat tengok spesimen Kucing Sarawak, namun semua spesimen itu dipinjam dari Muzium Sarawak, jadi Tedi tak pastilah jika Muzium Kucing wajar dapat kredit.

Sebelum bergerak keluar menjemput ahli rombongan yang lain, Nor Aina sempat menegur seekor kucing kuning di sana.

Cat, ini Aina, aina .. ini cathi, saya Aina, awak siapa?Aina dan kucing berposing bergambar bersama

Kopi O Corner

Selepas jemput ahli rombongan yang lain yang baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 11 pagi lebih kurang, kami menghala ke restoran Kopi O apa entah namanya.

Master makan Nasi Ayam Crispy dengan rating biasa-biasa sahaja.

Tapi makcik Lisa makan Nasi Goreng Aruk iaitu Nasi Goreng dengan ikan terubuk masin goreng. Nasi goreng tu biasa sahaja, tapi ikan masin terubuk goreng tu nampak segar dan lazat. Makcik Lisa makan nasi goreng tu menggunakan sudu dan garfu, memang jenuhlah nak asingkan tulang ikan terubuk masin tu.

Restoran ni tidak menghairankanlah terkenal dan ramai pengunjung, sebab mereka ada tawarkan banyak menu.

Ke homestay kita

Selepas makan tengahari, kami ke homestay di Samariang.

MYDIN Samariang, Kuching

gambar pentas MYDIN Samariang, tandas, tandas OKUmengapa bayar lebih? beli dengan harga borong

Master keluar sebentar mencari kedai runcit, tapi akibat mengantuk dan tak tahu mana nak tuju, Master berpusing-pusing di bulatan jalan.

Akhirnya Master gunakan Google yang membawanya ke Mydin Mall Samariang.

Bila nak balik, melalui Waze, Master dapati bahawa Mydin Samariang tu hanya 2 km sahaja dari Homestay.

Dewan Suarah Sarawak

Selepas Asar kami ke Dewan Suarah Sarawak dengan harapan dapat naik menara dan tinjau pemandangan sekitar Kuching.

Tetapi ia ditutup, macam bangunan tinggal pun ada, cuma masih Ada manusia yang bersenam di sana. Senaman apa pun Tedi tak tahu.

Tugu Kuching

Seterusnya kami tuju ke Kuching Waterfront. Tetapi tiada tempat letak kereta sehinggalah kami terlajak ke Sarawak Plaza Baru ada parking.

Dari sana kami bawa Shakira melawat Tugu Kuching sebab dia sibuk tanya mana kucing memandangkan dia berada di Kuching.

Bila kami bawa ke situ, dia kata pula, "ini je?"... Huhuhu.

Dayang Salhah

Kemudian kami naik bot penambang ke seberang Sungai Sarawak. Tambangnya RM 1 sehala.

Kalau dulu 50 sen sahaja.

Destinasi kami selepas mendarat ialah ke kedai kek lapis Dayang Salhah. Ia terletak di belakang surau yang Tedi sangkakan masjid.

Ada sign board di tepi surau tu, menyala lagi tulisan dia.

Kami bertanya kepada pemuda-pemuda kampung untuk menemui lorong tersebut.

Di sana Master berbual dengan seorang nenek. Rupa-rupanya dia kakak kepada Dayang Salhah. Rasanya kena ada satu karangan khusus pasal perbualan Master dan nenek tu.

Tedi mencuba kek lapis di sana dan beli air Kopi tin buatan Sarawak yang dieksport ke Brunei dan Singapura.

Mira Cake House

Dalam perjalanan ke jeti, kami singgah di Mira Cake House. Ia terletak bebetul di tepi jalan dan memang kita akan menyedari kehadirannya di sana.

Tedi merasa kek lapis di sana, memang sedap Dan melekat di lidah. Mungkin sebab ia adalah kek lapis basah.

Kek lapis basah dikukus dan kurang tahan lama berbanding kek lapis biasa.

White Barouk

Kami naik bot semula untuk ke kereta.

Kami singgah di White Barouk untuk makan malam. Malangnya tingkat atas full house.

Boleh sahaja nak makan di sana, tetapi penyelia kata makanan siap selepas 30 minit.

Kami sudah lapar maka menunggu makanan untuk tempoh lebih setengah jam bukanlah satu pilihan.

Teh Tarik Corner

Akhirnya kami ke Teh Tarik Corner. Ia macam satu kedai dengan banyak gerai penjual dalamnya.

Jadi anda ada banyak pilihan.

Master memilih Mee kolok sapi dan menyesali pilihan itu kerana sapinya begitu terasa.

Tamat sudah ekspedisi Kuching TAG Hari pertama.