[t16e11] Penunggang Motosikal Itu Mentimun

“Balik naik apa bro?”

“Drive”

“Tak jam ke?”

“Jam, tapi nak buat macam mana… hadap sajalah.”

“Naik motosikal la bro”

“Tak beranilah, asyik dengar penunggang motosikal kemalangan.”

Itulah dialog di antara Master dan rakan sepejabatnya petang tadi, semasa dalam lif turun ke tempat letak kereta.

kemalangan motosikal

Imej: Kemalangan motosikal melibatkan kereta di LPT1.

Pagi tadi pun Master saksikan seorang penunggang motosikal sedang menggelupur di atas jalanraya susur keluar MEX ke Putrajaya, di seberang jalan yang kami sedang lalui ketika itu.

Ironinya, penunggang motosikal itu sekali lagi adalah kawan kepada suami kawan Mommy. Sebelum ini pun individu yang sama terlibat dalam kemalangan apabila motosikal ditunggangnya merempuh bangkai kereta terbakar di MEX.

Kejadian itu berlaku pada hari yang sama seorang lagi kawan Mommy kehilangan suaminya; beliau saksikan sendiri suaminya sedang menggelupur setelah kecelakaan motosikal. Entah bagaimanalah perasaan mereka yang melaluinya.

Kepada para penunggang motosikal, berhati-hatilah dan berdoalah banyak-banyak semasa menunggang motosikal kerana kalian
"bagaikan mentimun, apabila bertemu dengan durian, digolek luka, menggolek pun luka".


~20160511~
Nasihat Master untuk keselamatan semua.
interpretZZ.com
⌂ Home

Popular