[T16L03] Kenapa Mesin Basuh Tidak Boleh Spin?

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

Masalah yang dimaksudkan di sini adalah apabila mesin basuh anda boleh membasuh (wash) dan membilas (rinse), tetapi gagal sama sekali semasa proses akhir mengeringkan pakaian (spin).

1. Keseimbangan Muatan

Pastikan pakaian dalam keadaan seimbang. Kedudukan mesin yang senget juga menjadi punca. Mekanisme perlindungan mesin moden akan menghalang spin jika muatan tidak stabil.

Tip: Cuba lakukan spin tanpa muatan untuk pengesahan.

LG WF-HX130V

2. Saluran Air Keluar

Mesin akan menolak untuk spin jika air gagal disalurkan keluar dengan sempurna. Periksa sebarang sekatan pada hos sebelum mengandaikan kerosakan pam air.

3. Sistem Tekanan (Pressure System)

Jika pressure system bermasalah, isyarat air telah dipam keluar tidak sampai ke sistem kawalan. Tandanya ialah mesin berhenti tiba-tiba selepas bunyi "klik".

Samsung WA85GWWIP

4. Motor & Tali Sawat (Belt)

Masalah motor selalunya berpunca daripada carbon brush yang haus. Selain itu, periksa sama ada belt dari motor ke drum telah tergelincir atau longgar.

⌂ Home

Popular