بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Logo menampilkan lambang yang tersusun di dalam sebuah bingkai berbentuk tempayan berwarna coklat tanah, dengan sebuah buku terbuka bermuka surat keemasan di atasnya; di tengah bingkai, sebuah kuali berwarna coklat gelap tergantung dengan setitis air biru terang jatuh ke arah tangan yang terletak di dasar logo, manakala di kiri kuali ada lambang api dan di kanannya lambang batu berwarna coklat gelap.

Berikut adalah peribahasa yang berkaitan dengan ajaran.

Maksud peribahasa ajaran ini sering dikaitkan juga dengan perkara berikut:

  1. Nasihat : sinonim kepada ajaran, panduan, dan saranan. 
  2. Mendengar, Menurut : sikap menerima ajaran.
  3. Sia-sia : ajaran yang tidak berkesan.
  4. Degil : tidak mahu menerima ajaran.
  5. Kebaikan, Kesusahan : kesan daripada menerima atau menolak ajaran.
  6. Bodoh : tidak memahami ajaran.
  7. Murid : orang yang menerima ajaran.
  8. Guru : orang yang memberi ajaran.

Air di daun keladi / Air di daun talas

  • Maksud peribahasa : Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
  • Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai air titik ke batu. b. Kalis bagai air di daun keladi).

Bagai air titik ke batu

Secara umumnya Tedi bersetuju bahawa menitikkan air ke batu adalah sia-sia kerana tiada kesan jika berlaku dalam jangkamasa yang pendek. Tetapi apabila air menitik ke atas batu dalam tempoh yang panjang, batu itu akan berlekuk juga sekaligus membayangkan usaha atau nasihat berterusan akan mendatangkan hasil.

Bagai menampung air dengan limas pesuk

  • Maksud peribahasa : Tak dapat diberi ajaran atau nasihat.
  • limas = sejenis timba atau takir yang dibuat daripada daun pisang (upih dan lain-lain).
  • pesuk = berlubang.
Peribahasa ini mengingatkan Tedi kepada "masuk telinga kanan, keluar telinga kiri" kerana situasinya sama, jika timba itu bocor, air yang masuk akan keluar.

Bagai tulisan di atas air


Batu direbus masakan empuk

  • Maksud peribahasa : Orang bodoh tak dapat diberi ajaran.

Bengkok batang bengkoklah bayangnya

  • Maksud peribahasa : Mengikut ajaran yang salah

Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali

  • Maksud peribahasa : Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan
Peribahasa ini sangat menarik kerana menggunakan gabungan 2 simpulan bahasa iaitu "telinga tempayan" dan "telinga kuali". Telinga tempayan bermaksud menerima nasihat kerana tempayan boleh menyimpan banyak kandungan. Manakala "telinga kuali" bermaksud tidak mendengar nasihat merujuk kepada kedalaman kuali yang cetek.

Corak kain mengikut kehendak penenunnya

  • Maksud peribahasa :
    • Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya;
    • Pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.

Daun keladi dimandikan


Itik dimandikan takkan basah

  • Maksud peribahasa : Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran.

Kalis bagai air di daun keladi


Mencurah air di daun keladi

  • Maksud peribahasa : Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.

Menulis di atas air

  • Maksud peribahasa : Memberi ajaran yang sia-sia.
  • Peribahasa lain yang sama makna: Menyurat di atas air.

Menyurat di atas air

  • Maksud peribahasa : Memberi ajaran yang sia-sia.
  • Peribahasa lain yang sama makna: Menulis di atas air.

Seperti lurus-lurus telunjuk


Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam

  • Maksud peribahasa : Ajaran supaya tahu akan susah hidup.


~20250913~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih