Model kasut New Balance 810 Trail Running Shoes.  Kasut ini direka khas untuk aktiviti lari denai, dengan ciri-ciri seperti:  Tapak berprofil tinggi untuk cengkaman di permukaan tidak rata, Reka bentuk tahan lasak, Sokongan tambahan untuk kestabilan semasa berlari di laluan mencabar

 

Alkisahnya...

Suatu hari Master ajak Tedi pegi beli kasut sekolah.

"Tedi, jom beli kasut"

 

"Ok"

Master menghidupkan enjin kereta, bawa Tedi pergi ke pusat beli-belah, cari kedai kasut, Tedi mencuba kasut yang dipilih, jumpa kasut yang berkenan, Master beli kasut tersebut dan kami pun pulang ke rumah.

Dapatlah Tedi sepasang kasut.

 


Pada satu masa yang lain, Mummy pula mengajak Tedi beli kasut.

Tedi pun mengikuti Mummy. Sampai sahaja ke pusat beli-belah, Tedi meluru ke kedai kasut, intai mana-mana kasut yang berkenan di hati. Tetapi apabila dah jumpa kasut yang sesuai, tengok-tengok Mummy tiada di situ!

Tedi pun patah balik cari mummy. Mummy tengah tengok handbag.

"Mummy, ini bukan kedai kasut!"
"Ops, tunggu dulu, banyak beg cantik ni."
"Ok"

Setelah puas Mommy belek beg, kami pun melangkah ke kedai kasut. Alih-alih ada kedai baju la pulak. 

Sekali lagi Mommy sangkut.

"Mummy, ini bukan kedai kasut"

 

"Sabarla Tedi, baju ni lawa ni."

 

"Ok"

Kemudian setelah puas Mummy belek baju, kami bergerak ke kedai kasut. Memanglah ke kedai kasut, tapi Mummy tuju ke kedai kasut perempuan pula, mana ada jual kasut sekolah!

Dipendekkan cerita, akhirnya Tedi dapat sepasang kasut, tetapi hanya setelah seharian berada di pusat beli-belah.

Erm, tak mau komen banyak-banyak.


Kiriman ini pertama kali diterbitkan pada 28 April 2013. Terbitan semula 29 November 2019.
20130428