بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Koleksi peribahasa bersungguh-sungguh juga peribahasa tidak bersungguh-sungguh.

[Kandungan]

  1. Bagai gadis jolong menumbuk
  2. Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah
  3. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam
  4. Berteguran dulu maka berkenalan, mendaki dulu maka tahu lelah
  5. Ditumbuk dikisar barulah lumat
  6. Esa hilang, dua terbilang
  7. Hangat-hangat tahi ayam / Hangat-hangat cirit ayam
  8. Lekuk batu dititik air selalu
  9. Lembu dogol jangan dibalun
  10. Menjangkau sehabis tangan
  11. Pertama hilang, kedua terbilang
  12. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga
  13. Selembab-lembab puntung di dapur, ditiup menyala juga / Selemau-lemau puntung di dapur, ditiup menyala juga
  14. Umpama lembu dogol, tak boleh menanduk cuma menyondol

Bagai gadis jolong menumbuk

  1. Maksud peribahasa: Rajin dan bersungguh-sungguh.
  2. jolong: (Pahang) lebih tinggi daripada yang lain.

[Kandungan]


Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah

  1. Maksud peribahasa: Usaha yang tidak bersungguh-sungguh.
  2. balam: sejenis burung, merbuk, ketitir, tekukur, Geopelia striata

[Kandungan]


Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam

  1. Maksud peribahasa: Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
  2. Peribahasa lain yang sama maksud:
    1. Lekuk batu dititik air selalu,
    2. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.

[Kandungan]


Berteguran dulu maka berkenalan, mendaki dulu maka tahu lelah

Maksud peribahasa: Setelah merasa kesusahan hidup barulah bekerja dengan bersungguh-sungguh.

[Kandungan]


Ditumbuk dikisar barulah lumat

Maksud peribahasa: Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.

[Kandungan]


Esa hilang, dua terbilang

  1. Maksud peribahasa: Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya.
  2. Peribahasa lain yang sama maksud: Pertama hilang, kedua terbilang.

[Kandungan]


Hangat-hangat tahi ayam / Hangat-hangat cirit ayam

Maksud peribahasa: Tidak bersungguh-sungguh.

Kepada pelajar yang sukar memahami maksud peribahasa ini anda perlu tahu bahawa tahi ayam itu hangat seketika sahaja selepas ayam berak. Jadi jika kita tidak fokus atau tekun sama sahaja macam tahi ayam itu, cepat sejuk. Bagaimana tahu tahi ayam itu hangat seketika sahaja? Tidak perlu diketahui jawapan kepada persoalan itu, hihihi.

[Kandungan]


Lekuk batu dititik air selalu

  1. Maksud peribahasa: Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
  2. Peribahasa lain yang sama maksud:
    1. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam,
    2. Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga.

[Kandungan]


Lembu dogol jangan dibalun

Maksud peribahasa: Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh.

Lembu dogol yang Tedi fahami adalah lembu yang tidak bertanduk. Lembu dogol ni kita tak berapa nak takut kerana rupanya kurang garang. Tetapi jangan kita buli (balun) lembu dogol ini kerana walaupun dia tidak bertanduk dia masih boleh menyondol jika marah.

[Kandungan]


Menjangkau sehabis tangan

Maksud peribahasa: Berusaha dengan bersungguh-sungguh hati.

[Kandungan]


Pertama hilang, kedua terbilang

  1. Maksud peribahasa: Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya.
  2. Peribahasa lain yang sama maksud: Esa hilang, dua terbilang.

[Kandungan]


Punggung lading kalau diasah, lama-lama tajam juga

  1. Maksud peribahasa: Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
  2. lading: sejenis parang yang lebar dan melengkung di tengah-tengah.
  3. Peribahasa lain yang sama maksud:
    1. Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam,
    2. Lekuk batu dititik air selalu.

[Kandungan]


Selembab-lembab puntung di dapur, ditiup menyala juga / Selemau-lemau puntung di dapur, ditiup menyala juga

  1. Maksud peribahasa: Sesuatu pekerjaan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh lambat-laun berhasil juga.
  2. puntung = lebihan sesuatu yang telah dibakar
  3. lemau = lembab, lembut atau lemah.
Pada zaman dahulukala, tok nenek kita memasak menggunakan kayu api. Sisa kayu api di atas dapur ini dipanggil puntung. Puntung mengikut pengalaman adalah lebih mudah dibakar berbanding kayu biasa, mungkin kerana ia telah benar-benar kering hasil pembakaran sebelum ini.

[Kandungan]


Umpama lembu dogol, tak boleh menanduk cuma menyondol

  1. Maksud peribahasa:
    1. Melawan bersungguh-sungguh tanpa sesuatu syarat.
    2. Bekerja bersungguh-sungguh tanpa sesuatu syarat.

[Kandungan]



~20240130~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih