بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sudah 3 hari Master menelaah catatan dan data berkenaan satu permasalahan dalam Pre-Alert Manifest di mana satu nombor pendaftaran tiba-tiba sahaja dikemaskini kepada null pada satu masa tertentu.

Jika dilihat pada coraknya nampak macam ada penghantaran bertindan tetapi tiada pula catatan yang menunjukkan apa-apa ralat berlaku pada masa kejadian. Catatan mengatakan proses berjaya dilaksanakan.

Terlelap jugalah Master cuma memahami apakah yang telah berlaku.

 

Pergi ke kedai perkakasan mencari nat untuk motosikal Aidan

Pagi tadi juga motosikal Aidan telah tiba. Motosikal ini Mummy beli dalam talian melalui portal e-dagang memandangkan Aina dan Aidan asyik berebut mahu menunggang Motosikal Merah untuk Aina.

Tetapi ketika Master memasangnya ada beberapa nat tidak dibekalkan. Master pun keluar mencari nat. Pada mulanya Master ke kedai aksesori kereta tetapi membatalkan hajatnya untuk bertanyakan pasal nat itu setelah melihat banyak pula pelanggan di sana.

Gambar tangkap layar Aina dan Aidan menaiki motosikal kanak-kanak

Takut pengusaha kedai aksesori kereta itu meluat pula melayan Master.

Kemudian barulah Master terfikir pasal kedai perkakasan di Taman Seroja. Master ke kedai pertama yang menghadap jalan besar tetapi di situ tiada nat bersaiz kecil.

Kemudian Master ke kedai perkakasan di lorong yang terletak di belakangnya, nasib baik ada. Pada mulanya Master dilayani anak muda. Terkial-kial juga dia cuba mencari nat yang boleh masuk ke skru yang Master bawa. Master bawa sekali bahagian handle motosikal tersebut ke kedai perkakasan itu agar dapat tunjukkan apa saiz nat yang diperlukan.

Akhirnya pakcik yang mungkin pemilik kedai tersebut datang menjengah dan menyatakan bahawa nat yang Master cari itu imperial menggunakan unit mm, manakala anak muda itu tadi mencari nat di kotak nat menggunakan unit inci, sebab itu tak boleh masuk.

Master tak tahu dan kata hanya beli motosikal dalam talian sahaja, tak pernah tahu jenis-jenis nat itu semua.

Pakcik itu kata memang biasa barangan dalam talian tidak cukup bahagian, dan ramai pelanggan yang datang ke kedainya mencari bahagian yang hilang.

Akhirnya Master berjaya siapkan motosikal Aidan walaupun cacat kerana hanya ada sebelah pemegang handle sahaja.

Animasi Aidan menunggang motosikal mainan berwarna hitam bertemakan ala-ala Harley Davidson sambil mengekori kakaknya si Aina yang menunggang motosikal mainan berwarna merah bertemakan superbike. Perhatikan bagaimana Aidan selaraskan cermin sisi motosikalnya itu. # VID_20210927_212646-ANIMATION.gif #

Motosikal Aidan ni nampaknya mempunyai beberapa kelemahan seperti binaan yang tidak kukuh dan tayar yang tidak mencengkam.

Masalah pada tayar itu mungkin kerana tidak diletakkan getah seperti pada motosikal mainan kakaknya si Aina.


~20210927~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih