Misi Tok Gajah kecewakan Kedah FA
KUANTAN: Misi Pahang apabila melayan kunjungan Kedah di Stadium Darul Makmur malam esok hanya satu iaitu melakar kemenangan buat skuad itu.
Pengendali Tok Gajah, Dollah Salleh berkata, prestasi semasa Lang Merah tidak mengganggu fokus skuad itu untuk mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.
"Ini kerana misi pasukan mahu mengutip mata maksimum pada baki tiga perlawanan termasuk berdepan Kedah esok, untuk berada di kedudukan terbaik Liga Super.
"Mahu atau tidak saya mengharapkan semua pemain dapat mempamerkan prestasi terbaik mereka untuk menafikan Kedah daripada membawa pulang mata," katanya.
• Dickson Nwakaeme: Sah tidak beraksi (belum pulih).
• Herold Goulon: Status 50-50.
• Ivan Carlos: Status 50-50.
Selepas lapan perlawanan, Pahang berada di kedudukan ketujuh liga dengan mengutip 10 mata manakala Kedah yang memungut 16 mata di tempat kedua.
Walaupun berdepan krisis kecederaan, Dollah Salleh percaya pemain yang disenaraikan dalam kesebelasan utama mampu untuk beraksi pada tahap terbaik untuk membantu pasukan beroleh kemenangan.
Ulasan