[t22c04] Kedah bikin Sarawak United gigit jari di Kuching

Tedi dan Master menonton perlawanan di antara Sarawak United FC dan Kedah Darul Aman FC ini melalui saluran YouTube Unifi TV menggunakan komputer riba di bilik atas belakang semasa menemani Aina yang dikuarantin kerana positif Covid-19.

Walaupun Kedah menang, namun persembahannya sangat mengecewakan. Sebaliknya, Sarawak menampilkan banyak percubaan bahaya namun gagal mendapatkan jaringan. Apa-apa pun, kita tetap menang dan diharapkan Kedah dapat memperbaiki kelemahan yang ada.
Liga Super 2022
SUFC 0 - 1 KDA FC
📍 Stadium Negeri, Kuching

KUALA LUMPUR: Penampilan sulung Sarawak United FC dalam saingan Liga Super musim ini berakhir dengan kepedihan apabila tewas 1-0 kepada naib juara musim lalu, Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Negeri, Kuching.

Keputusan itu jelas menunjukkan banyak kerja yang perlu dilakukan pengendali skuad The Crocs, B. Satiananthan bagi memastikan mereka tidak terus keciciran mata. Sarawak menunjukkan aksi positif dengan tentangan sengit, cuma ketumpulan di hadapan gol lawan memaksa mereka berputih mata di laman sendiri.

Minit Penting:
Minit 3: Sepakan percuma Lee Chang Hoon ditepis Shahril Sa'ari.
Minit 15:Gol Ronald Ngah (KDA FC) menyambar bola lantun tandukan Jang Suk Won.
Minit 35: Percubaan Francis Kone meleret keluar.

Bersambung babak kedua, Sarawak terus buntu. Peluang menerusi Chang Hoon (minit 52) dan Christie Jayaseelan (minit 54) masih gagal merobek gawang pelawat. Kedah cuba membalas menerusi Fadzrul Danel Mohd Nizam pada minit-56, namun tersasar.

Penjaga gol veteran, Sharbinee Alawee turut beraksi cemerlang menyelamatkan tandukan Ronald Ngah tiga minit berselang untuk memastikan Sarawak tidak ketinggalan lebih jauh.

Peluang terbaik Sarawak hadir pada minit ke-73 menerusi Uche Agba, namun tolakannya berjaya ditutup rapat pertahanan KDA. Nasib malang Sarawak memuncak apabila percubaan Boris Kok menggegar palang pada minit akhir permainan, memastikan tiga mata mutlak milik Kedah.

Laporan: Syafiq Aznan (BH Online)
Tarikh: 20220304 | 10:32 PM
⌂ Home

Popular