[t22c22] Peribahasa Kebaikan
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
- Campak bunga dibalas dengan campak tahi.
- Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.
- Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi.
- Lempar bunga dibalas lempar tahi.
- Mengambil puntung pemukul kepala.
- Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.
- Permata dibalas dengan senjata.
- Santan dibalas dengan tuba.
- Sariat palu memalu, hakikat balas membalas.
- Seperti ulat lupakan daun.
Hari ini Tedi mengkaji Peribahasa Melayu yang mempunyai maksud berkaitan kebaikan, sama ada kebaikan yang dibalas dengan kemuliaan mahupun jasa yang dilupakan begitu sahaja. Selalunya, peribahasa tentang kebaikan ini mengandungi perkataan seperti bunga, permata, santan, dan hujan sebagai metafora untuk menggambarkan nilai murni, manakala unsur seperti tahi, tuba, dan senjata pula sering digunakan bagi melambangkan balasan kejahatan.
Campak bunga dibalas dengan campak tahi.
Maksud peribahasa: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.
Maksud peribahasa: Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.
Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi.
Maksud peribahasa: Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit.
Lempar bunga dibalas lempar tahi.
Maksud peribahasa: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Mengambil puntung pemukul kepala.
Maksud peribahasa: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Tedi tertarik dengan peribahasa "Mengambil puntung pemukul kepala" ini kerana sukar difahami. Rupa-rupanya situasinya adalah kita berikan puntung api kepada orang lain untuk membantu beliau nyalakan api (pada zaman dahulu tiada mancis atau pemetik api) tetapi puntung kayu itu digunakan sebagai senjata untuk pukul kepala kita. Nampaknya peribahasa ini sesuai untuk situasi tikam belakang?[Ke Kandungan]
Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari.
Maksud peribahasa: Kebaikan hilang kerana kejahatan yang sedikit.
Peribahasa lain yang sama makna: Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari.
Permata dibalas dengan senjata.
Maksud peribahasa: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Santan dibalas dengan tuba.
Maksud peribahasa: Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Sariat palu memalu, hakikat balas membalas.
Maksud peribahasa: Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan.
sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan;
hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan.
Seperti ulat lupakan daun.
Maksud peribahasa: Melupakan kebaikan orang kepadanya.
Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
~20220322~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
Ulasan