Malam ini Tedi nak kongsikan mengenai satu produk yang kami beli di Mr. DIY iaitu pembersih hampagas dan pengepam tayar 2-dalam-1.

Harganya jika tak silap memang bawah RM  60. Master beli sebab ia 2-dalam-1, boleh guna untuk sedut habuk dan juga pam tayar. Kami beli alat pembersih hampagas merangkap pam tayar kereta ni di kedai Mr DIY di Mesamall di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan di Malaysia pada 9 Jun 2018 atau 10 Jun 2018, nak kena periksa Google Maps untuk tahu bilakah kami ke sana, lupa pula, hihihi.

Ciri-ciri produk 6023 Coido | Lokasi Mesamall Bandar Baru Nilai

Setakat ini produk COIDO ini beraksi baik apabila membantu kami mengepam tayar kereta Subaru XV yang bocor di Kelantan, sempatlah untuk sampai ke bengkel kereta yang berdekatan, tetapi produk COIDO ni tak berapa bagus menyedut habuk, atau boleh dikatakan kami tak gunakan langsung untuk membersihkan kotoran dalam kereta.

Teks: 2 in 1 DC 12V vacuum cleaner and tire inflator. COIDO. Item# 6023.
Lokasi dibeli: kedai Mr. DIY di Mesamall di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan di Malaysia.
Bila dibeli: pada 9 Jun 2018 atau 10 Jun 2018.
Harga: Lingkungan RM 60 (enam puluh Ringgit Malaysia sahaja).

Beli alat pembersih hampagas dan pam tayar kereta ni bukannya apa, sebenarnya Master nak gunakan pam tayar tu sahaja pada masa kecemasan, tetapi pam tayar kereta yang dijual di pasaran atas talian selalunya dalam lingkungan RM 200 (dua ratus ringgit Malaysia).

Apabila terserempak dengan benda alah ni, beli sahajalah, dan ternyata ia telah membantu kami apabila tidak lama kemudian tayar kereta Subaru XV bocor dan pam tayar ini berjaya mengepam tayar tersebut walaupun agak lama. Jangan gunakan lama-lama sangat kerana ia akan menjadi panas.

Pada masa kini, pam tayar kereta seolah-olah sudah menjadi satu keperluan kerana agak susah untuk menukar tayar kereta di tengah perjalanan, lebih mudah pam sahaja dan cari bengkel berdekatan. Jangan memandu dengan tayar yang sudah kempis kerana ia bakal merosakkan tayar kereta dan rim tayar kereta anda.

Bila: 2018-06-11 jam 07:03:51 pagi hari Isnin
Gambar: kotak pembersih hampagas dan pengepam tayar berjenama Coido.
Teks: Coido barang nombor 6023, ciri-ciri produk, pembersih hampagas membolehkan kita mencuci bahagian dalam kereta dan membuang debu dengan cepat dan mudah, penapis udara yang boleh dicuci memastikan pencuci hampagas anda bekerja dengan berkesan dan cekap. Pengepam tayar membantu anda memastikan tayar kereta sentiasa mempunyai kandungan udara yang cukup, Tolok tekanan terbina dalaman menggunakan tolok tekanan analog meringkaskan pemeriksaan tekanan tayar dan pemantauan kerja mengepam tayar. Pembersih hampagas dan pengepam tayar arus terus 12V (voltan).
Kamera: telefon pintar XiaomiR Redmi Note 5A.

Ciri-ciri produk 6023 Coido

  1. Pembersih hampagas mini untuk membersihkan debu dalam kereta, tidaklah berguna sangat, macam main-main sahaja rekaannya.
  2. Penapis habuk boleh basuh. Cuma sekeping jaring halus, memanglah boleh basuh, sekali lagi macam main-main.
  3. Pengepam tayar agak bagus, berjaya mengepam tayar kereta kami semasa bocor.
  4. Tolok tekanan terbina di dalam membolehkan anda menyukat tekanan angin tapi sekali lagi macam tak berguna kerana apa yang penting ialah udara masuk dalam tayar, dan nak capai tekanan yang kita harapkan tu tidak sepantas pam tayar di stesen minyak.

Lokasi Mesamall Bandar Baru Nilai