Ini adalah satu komen yang agak menarik dan ringkas oleh seorang pakcik dalam usaha beliau mencari raket yang sepadan dengan corak permainannya.

Ironinya ketika beliau mencuba beberapa raket mahal, akhirnya raket yang sepadan dengan beliau adalah raket murah.

Benarlah kata orang tak kenal maka tak cinta dan hanya jauhari mengenal manikam, di sinilah khidmat nasihat oleh Nikman Sport memberi input yang amat berharga kepada para pembeli.

  1. Yonex Arsaber FB, RM 450
  2. Mizuno Carbosonic 75 5U, RM 470
  3. Victor Hypernano Xair 5U, RM 500
  4. Maxbolt Nezer X19, RM 150

Selepas beberapa tahun saya bertahan dengan APACS Nano Fusion, saya mula mencari raket ringan yang lebih berkualiti.

Yonex Arsaber FB, RM 450

Yonex Arcsaber FlashBoost atau FB adalah raket paling ringan dalam sejarah raket keluaran YONEX dengan teknologi Nanometric.

Pada mulanya saya mencuba Yonex Arsaber FB dengan harga RM 450 namun raket tersebut masih tidak memberi sebarang impak yang baik dan akhirnya saya jual...

Mizuno Carbosonic 75 5U, RM 470

Raket Mizuno Carbosonic merupakan raket berkepala ringan.

Kemudian saya mencuba raket Mizuno Carbosonic 75 5U dengan harga RM 470 dan saya dapati raket ini memberi kesan yang agak baik dalam permainan saya cuma dari segi kekuatan smash agak kurang kerana raket ini light head (mempunyai bahagian kepala yang ringan menyebabkan kurang momentum semasa smash, lebih sesuai untuk pemain yang suka bertahan).

Yang sedihnya raket ini patah berlaga dengan raket kawan.

Victor Hypernano Xair 5U, RM 500

Tak lama selepas itu saya buat kerja gila dengan membeli raket Victor Hypernano Xair 5U dengan harga RM 500...

Namun agak kecewa sebab batang raket terlalu keras dan lagi sedih raket ini patah dua berlaga juga dengan raket kawan.

Dengan perasaan sedih APACS Nano Fusion yang dah lama tersimpan digunakan semula selama beberapa bulan.

Serik dah beli raket mahal...

Maxbolt Nezer X19, RM 150

Akhirnya pencarian berakhir apabila saya beranikan diri untuk membeli raket Maxbolt Nezer X19 dengan harga RM 150 daripada Nikman Sport, dengan berat 65g dan head heavy, raket ini memberikan impact yang luar biasa, defensive dan offensive yang lebih berkesan dalam permainan saya.

Tq Nikman Sports.

Harap-harap tak patah tapi kalau patah still boleh beli lagi sebab harga raket masih ekonomi.

<top>