Aidil Sharin Sahak adalah jurulatih baru Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah F.A.) dan mula diikuti oleh para penyokong Helang Merah, salah seorangnya Master.

Untunglah Four-Four-Two ada siarkan artikel umum mengenai jurulatih Kedah ini.

Latar belakang Aidil SharinPengalaman sebagai jurulatihRekod saingan domestikSaingan Piala AFCMeminati Pep Guardiola, dan Sumber.


Aidil Sharin Sahak merupakan ketua jurulatih Kedah bagi musim 2019 yang baru sahaja diumumkan oleh Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Dato’ Mukhriz Mahathir pada 9 Januari 2019.

Berikut adalah lima perkara yang perlu diketahui oleh penyokong Kedah.

Latar belakang Aidil Sharin

Nama penuhnya, Aidil Sharin Sahak dilahirkan pada 9 Julai 1977 dan kini berusia 41 tahun.

Merupakan warganegara Singapura dan mula berkecimpung dengan dunia kejurulatihan bersama pasukan kanak-kanak di Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC).

Pengalaman sebagai jurulatih

Aidil bermula dengan melatih pasukan kanak-kanak di CDC dan kemudiannya mengambil tugas sebagai jurulatih skuad muda kelab Home United.

Bermula tahun 2012, Aidil dilantik sebagai pembantu jurulatih kepada Lee Lim-saeng dan juga Philippe Aw sehingga tahun 2016. Selepas itu, beliau dilantik sebagai ketua jurulatih Home United.

Rekod saingan domestik

Bagi tahun 2018, Aidil Sharin telah mengemudi pasukan Home United di tangga kedua Liga Perdana Singapura dengan mencatatkan 12 kemenangan, 7 seri dan hanya kalah sebanyak 5 kali. Home United mengutip sebanyak 43 mata daripada 24 perlawanan dan telah menjaringkan 48 gol selain daripada bolos 36 kali. Bagi saingan Piala Singapura, beliau membawa Home United mara ke saparuh akhir.

Saingan Piala AFC

Home United bertanding dalam saingan Piala AFC dan diletakkan dalam kumpulan F. Semasa peringkat kumpulan, Home United berjaya muncul juara kumpulan dengan mengumpul 13 mata.

Seterusnya kecemerlangan Home United diteruskan sehingga menjadi juara zon ASEAN dengan mengatasi cabaran Persija Jakarta di separuh akhir dan Ceres di perlawanan akhir.

Meminati Pep Guardiola

Jurulatih berumur 41 tahun ini meletakkan Pep Guardiola, pengurus Manchester City sebagai idolanya.

Banyak persamaan antara beliau dan pengurus berbangsa Sepanyol dari segi aspek falsafah bola sepak. Antaranya menyukai permainan menyerang, inginkan kemenangan dalam setiap perlawanan dan juga menyukai pemain muda.

Selain itu, beliau tidak suka bertahan dalam mengendalikan pasukannya dalam perlawanan.

Kredit Foto: Home United

Sumber:

  1. fourfourtwo.com:lima-perkara-tentang-aidil-sharin-yang-penyokong-kedah-perlu-tahu