بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Tempoh Masa Deposit Cek Maybank: Bila Duit Boleh Digunakan?

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk kita boleh gunakan wang yang dimasukkan melalui deposit cek Maybank? Sebelum ini, Tedi hanya ada pengalaman deposit cek menggunakan mesin deposit cek CIMB sahaja.

Berikut adalah maklumat yang Tedi perolehi daripada laman web Maybank sendiri berkenaan tempoh dan ruang masa tukar cek ke tunai Maybank.

"Lama juga ek nak masukkan duit guna cek ni? Paling awal pun keesokannya selepas jam 10 malam kalau masukkan cek sebelum jam 4 petang... ish ish ish..."

Kalau selepas jam 4 petang pula, hari ketiga baru boleh merasa duit tu, pun selepas jam 10 malam... huhuhu.

Notis Deposit Cek Maybank
Masa Deposit Cek Masa Dana Tersedia
Hari Bekerja sebelum jam 4 petang.Keesokannya (hari bekerja) selepas jam 10 malam
*(tertakluk kepada float clearance)*
Hari Bekerja selepas jam 4 petang.Tiga hari bekerja selepas jam 10 malam
*(tertakluk kepada float clearance)*

Cek yang didepositkan pada bukan Hari Bekerja (Jumaat*, Sabtu, Ahad, Cuti Umum* & Cuti Hari Wilayah) hanya akan diproses pada hari bekerja seterusnya.
*Terpakai untuk Kelantan dan Terengganu sahaja.

FAQ (Soalan Lazim)

  1. Berapa lama tempoh cek masuk?
    Antara 1 hingga 3 hari bekerja mengikut waktu deposit.
  2. Bank in cek Maybank berapa hari?
    Satu hari jika sebelum jam 4 petang, tiga hari jika selepas jam 4 petang.
  3. Berapa lama masa clear Maybank ke Maybank?
    Tempohnya tetap sama, iaitu 1 hingga 3 hari bekerja.
  4. Pukul berapa duit sedia dalam akaun?
    Kebiasaannya selepas jam 10 malam pada hari dana tersebut tersedia.

~20200418~