
Gambar peneman malam Tedi yang sunyi.
Dilema Tengah Malam: Adakah Sakit Boleh Berpindah Melalui Urutan?
"Tatkala jari-jemari Tedi menaip kiriman ini, Tedi masih terjaga, tidak mampu melenakan mata..."
Ini adalah kerana Tedi sedang tergolek-golek menahan sakit perut dan rasa loya di tekak. Rasanya seolah-olah mahu memuntahkan semua isi perut, walaupun sudah tiada apa lagi yang tinggal selepas tiga kali muntah.
Ironinya... Tedi muntah-muntah setelah tolong urut Mommy yang sebelumnya mengalami simptom yang sama. Adakah sakit Mommy telah beralih kepada Tedi?
Sebelum ini, Tedi sering memperlekehkan sesiapa sahaja yang sendawa apabila mengurut orang lain. Kononnya angin dalam badan manusia itu berpindah kepada si tukang urut. Lawak, fikir Tedi dulu.
Tapi malam ini, Tedi pula yang mengalaminya. Tatkala Mommy sudah terlena, Tedi pula berguling-guling menahan ketidakselesaan. Baru tadi sahaja Tedi mulai cirit-birit melengkapi pakej sakit perut dan loya ini.
Tedi masih tidak boleh terima teori sakit boleh berpindah melalui urutan. Mungkin tadi kami salah makan, cuma kesannya dialami pada waktu yang berbeza. Teori ini lebih logik kerana hari ini kami makan tengah hari bersama-sama selepas selesai urusan pertukaran akaun KWSP ke Shariah.
Lelaplah mata, esok Tedi nak bersekolah...
#CatatanMalamTedi #DilemaTukangUrut
2 Ulasan
Cepat sembuh Ted.
BalasPadamAlhamdulillah, dah sembuh dah kami sekeluarga
BalasPadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.