Maaflah pakcik atau makcik empunya kereta ni, Tedi curi amik gambar.

Bukannya apa,  kereta Mini ni comel sangat! Tedi tak pernah jumpa di bumi Malaysia ni.

Mungkin Tedi ketinggalan zaman atau dek kerana harga kereta ni yang bukan dalam liga rangkuman pengetahuan Tedi.

Kalau setakat Proton Saga atau Myvi atau Vios tu, biasalah Tedi lihat.

Gambar sebuah kereta Mini di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Sambil menunggu dijemput Tok Abah, Tedi sempat curi sebuah kereta... barulah ada style Italian Job! # 20131128 # Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Kelantan, Malaysia.

20140304