Koleksi foto yang Tedi ambil semasa kami menuju kawasan pantai di Tanjung Bidara sekitar jam 6 petang.


Ada kabel flying fox dari chalet kami ke kawasan pantai. Tedi sebenarnya nak terjun gunakan kabel ini sahaja, tetapi terpaksa dibatalkan hasrat murni Tedi itu kerana kabel ini untuk Flying Fox (Kelawar Terbang), bukan Flying Bear (Beruang Terbang).... saiz tak sama... tak boleh geng...
Pelik betul buah ni, Tedi kata ia buah getah, tapi tiada biji getah di bawahnya.


Tedi tak pasti jeti apakah ini, namun tampak ia tidak digunakan.

Ini adalah buah yang berterabur di atas tanah, Tedi tak pasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan buah yang ada di atas pokok.

Apa jadi jika seekor beruang terbang?


Dia akan ditangkap polis!!!

Nak terbang pun tak boleh, kacau betullah! Musang boleh pula terbang, ini tak adil!!!

20140430