Memoir seekor Tedi

Malaslah Tedi nak taip panjang-panjang petang ni, takut kurang pahala. hehehe...

Kalau kawan-kawan ni hebat, di manakah lokasi kejadian? Cer teka, cer teka, cer teka...

aku berlari, mengelilingi
tasik sepi, angin terhenti

aku kelemahan, aku kecungapan
di mana kan berhenti?

kesepian, lubuk hati
hanya seekor, sendiri merasakan
pohonan merimbun, seolah menanti
ku hala bayangnya

Tedi labuhkan punggung, atas rumpunan menghijau
pandangan jauh Tedi lontarkan
nun Istana Budaya

Tedi tenung permukaan tasik,
berkocak perlahan! gerak dan bunyi

dalam fikiran hanya algoritma
lantas berjalan, Tedi tersenyum,
seekor diri

suasana petang... menyambut pagi
kedua-duanya, bagai tiada beza
Tedi tersenyum, senyum sendiri
apakah memoir ini?

desiran bebuluh seolah menemani
kicauan beburung riang sekali

ingin sekali Tedi merebahkan tubuh
ingin sekali Tedi bermimpi

adakah gelak mereka itu
hanya sinis? keras menyindirku?

Tedi tak peduli, tidak sesekali
ini duniaku, hanya diriku

seekor Tedi...


Ditulis semula pada 20180526 rangkap ini sebenarnya telah berusia mungkin 11 tahun semasa mula dinukilkan oleh Master. Mungkin dalam tahun 2006 atau 2007. Akhirnya Master pun ubah nukilan ini supaya khusus ada kaitan dengan diri Tedi.

#sarang #uh #reul #sarang #han #in #uh

⌂ Home

Popular