Warna Sebenar Planet HD 189733b: Indah Maut Berhujan Kaca

Sains & Angkasa

Warna Sebenar Planet HD 189733b Disahkan Saintis

Tedi ternganga apabila melihat statistik carian interpretZZ menunjukkan ada carian pelik seperti "budak couple seminggu". Daripada sibuk pasal hal budak-budak, lebih baik Tedi membaca tentang keajaiban angkasa raya!

Planet yang menarik perhatian kali ini adalah Planet HD 189733b. Walaupun namanya agak saintifik dan membosankan, penemuan mengenainya sangat mengejutkan.

Fakta Menarik Mengenai Planet HD 189733b

  • Warna Biru Cobalt: Terletak sejauh 63 tahun cahaya dari Bumi, warna sebenar planet ini berjaya diimbas melalui pemerhatian Hubble Space Telescope.
  • Pemerhatian Exoplanet: Ini merupakan penemuan warna pertama ke atas exoplanet (planet di luar Sistem Suria kita) yang mengorbit bintang/mataharinya sendiri.
  • Persekitaran Ekstrim & Merbahaya: Jangan terpedaya dengan warna birunya yang indah seperti Bumi kerana planet ini mempunyai:
    • Keadaan gas panas dengan suhu mencecah 1,000°C (1,800°F).
    • Fenomena hujan kaca yang diterbangkan angin kencang berkelajuan 7,000 km/j (4,350 batu/jam).
    • Perbezaan suhu siang dan malam mencecah 260°C (500°F) yang menjadi punca utama angin badai melampau tersebut.
Azure blue exoplanet HD 189733b

Cantik kan? Tapi keadaan di sana sungguh berbahaya. HD 189733b disamakan dengan Planet Musytari (Jupiter) yang sangat panas.

Blue planet HD 189733b labels

Kepanasan melampau ini berpunca daripada kedudukannya yang terlalu dekat dengan mataharinya. Planet ini hanya mengambil masa 2.2 hari (kiraan Bumi) untuk melengkapkan satu orbit. Luas sungguh kekuasaan Allah.

Warna planet dalam sistem solar

Perbandingan warna planet-planet yang kelihatan pada mata kasar.

⌂ Home

Popular