Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Nor Aina berjaket ungu

Imej
Terima kasih  Assistant kerana sediakan animasi kali  ini. Ini adalah gambar Nor Aina sedang menunggu Mommy habis solat jamak takhir Isya dan Maghrib sejurus sahaja kami mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dari Kuching, Sarawak, Malaysia. Jika tak silap ini adalah di balai kutipan bagasi di mana terdapat surau kecil di sana. Pada ketika ini Aina memakai jaket atau  sweater berwarna ungu dengan hud kepala. Kemaskini: setelah berfikir panjang, Tedi tambah beberapa gambar dalam kiriman ini yang merakamkan perjalanan kami dari KLIA ke Salak Tinggi. Walaupun jaraknya dekat, namun ia adalah kembara yang agak panjang. Apa-apapun, biarlah kali ini gambar yang berbicara. 18 Disember 2017 21:04 - animasi Nor Aina gigit straw plastik sambil duduk dalam kereta bayi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang di Selangor di Malaysia. Umur Nor Aina ketika ini ialah 9 bulan 27 hari.    18 Disember 2017 21:04 - kolaj Nor Aina gigit straw ...

Al Jannah Islamic, Nature & Science School: Gaji dan Ulasan

Imej
Latar belakang Al Jannah Islamic, Nature & Science School adalah sebuah perusahaan terletak di Negara Indonesia dalam bidang pendidikan dan latihan. Ia adalah sekolah berasaskan Islam, alam sekitar dan sains. Gaji Purata gaji yang ditawarkan ialah 2.4 juta Rupiah iaitu dari 1.7 juta Rupiah hingga 2.0 juta Rupiah bagi jawatan Pendidik. Ulasan kerja di Al Jannah Islamic, Nature & Science School Al Jannah Islamic, Nature & Science School adalah sebuah sekolah Islam, sekolah alam dan sekolah harian penuh. Malangnya kesejahteraan untuk tenaga pendidiknya masih kurang. Salah satu sekolah terbaik dan berkualiti, dimana kualiti para guru pun sangat diperhatikan. Mengajar mengenai keislaman dan mengenal alam. Penilaian: Gaji : 1* Keseimbangan kerja dan hidup : 2* Perkembangan kerjaya : 2* Nilai dan budaya : 5* Pengurusan senior : 2*

Usah dikunci stereng kereta itu

Imej
Mommy pernah berbicara bahawa pada suatu hari ada seorang ustaz datang ke pejabat beliau dan memberi ceramah. Salah satu ayat yang diungkapkan oleh si ustaz itu adalah, "cintanya, sayangnya manusia pada kereta sehingga ke kedai pun kunci stereng, padahal kereta biasa-biasa pun". Master yang memandu kereta biasa-biasa saja berasa agak sentap. Sentap bukan kerana kata ustaz tu kena batang hidungnya iaitu stereng kereta dikunci Master walau di mana pun, sekalipun di surau atau masjid, kerana cintakan kereta itu. Tapi Master sentap kerana kata ustaz tu agak kurang tepat. Master kunci stereng kereta itu hanya sebagai usaha tambahan untuk menjaga harta yang diamanahkan kepadanya, sebelum beliau bertawakal kepada Allah. Bukankah kunci kepada tawakkal adalah usaha? Bukankah masyhur kisah bagaimana Rasulullah SAW menyuruh seorang sahabat menambat haiwan kenderaan beliau ketika sahabat itu ke masjid? Master mengunci stereng kereta itu kerana cuba mengamalkan apa yang Rasululla...

Aku yang berdosa

Imej
Lagu ini dinyanyikan oleh Shahir AF8 dan dicipta oleh Shamril bin Mohd Salleh (Sham Kamikaze) , seorang artis yang telah berhijrah. Tidak hairanlah lagu ini sebagai sebuah lagu ketuhanan sesuai dengan hajat Sham Kamikaze untuk menghiburkan umat sambil memberi pendidikan. Liriknya adalah straight to the point tentang rintihan seorang hamba kepada Tuhannya. Lirik Lagu Aku Yang Berdosa – Shahir Sejauh mana Langkahku di sana? Aku melupakan-Mu Seluas mana Kau beri padaku Masih ku angkuh pada-Mu Segalanya dusta Gelap mengaburi ku Ya Allah Apa yang bisa ku tebus kepada-Mu atas dosaku? Ya Allah Ku hina terasa Biar ku bersujud untuk ke syurga-Mu *** Segalanya dusta Gelap mengaburi ku Ya Allah Apa yang bisa ku tebus kepada-Mu atas dosaku? Ya Allah Ku hina terasa Biar ku bersujud untuk ke syurga-Mu Komen Tedi: "Apa yang bisa ku tebus kepada-Mu atas dosaku?" Ungkapan ini adalah satu persoalan kepada diri dan meminta bantuan Allah subhanahu wa ta'ala untuk berubah ke...

Bagaimana Tangani Suhu Tinggi pada Bayi

Bagaimana Mengurus Suhu Tinggi pada Bayi Malam ini suhu Nor Aina ialah 37.5 darjah Celcius. Umurnya ialah 9 bulan. Dia sedang mengalami masalah kahak, batuk-batuk, dan muntah. alhamdulillah setakat semalam Aina tidak demam. Tetapi suhunya pada malam ini agak membimbangkan. Suasana bilik sangat sejuk, jadi agak pelik jika badan Nor Aina panas. Jadi pada malam ini Tedi mengkaji sedikit pasal suhu tinggi pada bayi, kesemuanya dalam beberapa seksyen seperti: Pendahuluan Perkara yang perlu dipastikan Apakah suhu yang mungkin ditunjukkan oleh bayi? Bila masa sesuai untuk ukur suhu badan bayi? Kaedah mengukur suhu badan bayi. Pendahuluan Sebagai ibu bapa, kita pasti bimbang dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan apabila melihat bayi bertukar menjadi merah, badannya panas, dan berpeluh. Suhu yang tinggi boleh menjadi petunjuk tentang pelbagai kemungkinan penyakit atau masalah. Apabila bayi anda mengalami peningkatan suhu, pastikan anda tahu cara menguruskan suhu bayi yang tingg...

Wajah Malaysia Harmoni di Hospital

Tedi sukakan suasana di hospital, terutamanya hospital kerajaan. Mengapa Tedi sukakan suasana di hospital? Padahal di hospital kita melihat orang kesakitan, kesusahan, dan dalam kesedihan. Ini adalah kerana di sebalik kesakitan, kesusahan, dan kesedihan itu menjelmakan satu sisi masyarakat majmuk Malaysia. Ketika warga politikus sibuk mencanang politik sempit perkauman, hospital kerajaan menyerlahkan wajah keharmonian masyarakat pelbagai kaum. Kenapa pula lebih kepada hospital kerajaan? Bagaimana pula dengan hospital swasta? Kita sedia maklum di hospital kerajaanlah warga Malaysia yang tidak berduit mengadu nasib. Lebih mudah kita boleh kata di hospital kerajaan ni orang-orang susah berkumpul. Berbeza dengan di hospital swasta di mana keselesaan diberikan sesuai dengan bayaran yang dikenakan. Pesakit berkongsi bilik di hospital kerajaan, manakala di hospital swasta mungkin sahaja duduk bilik sendiri-sendiri. Ketika berkongsi wad di hospital kerajaan para pesakit saling bertany...

Nor Aina di Jabatan Kecemasan Putrajaya kali kedua

Imej
Pagi ini Mommy dan Master memutuskan untuk membawa si bayi, Nor Aina ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan. Ini adalah kerana Aina masih sukar bernafas, masih batuk-batuk, dan juga muntah-muntah. Aina juga semakin tidak aktif, mungkin kerana banyak kehilangan air dalam badan. Master telah membancuh susu cair buat Aina tetapi setiap kali dia minum, dia akan muntahkan semula. Susu cair yang Tedi maksudkan adalah bancuhan susu dengan lebih banyak air, bukannya susu isian cair yang orang guna untuk buat kek atau air Batu campur tu. Sampai sahaja di Hospital Putrajaya, Aina dibawa ke Jabatan Kecemasan Dan Trauma kerana kes asma Dan sukar bernafas dikategorikan sebagai kes kecemasan bermakna kita boleh menerima rawatan 24 jam sehari. Sekarang Nor Aina sedang menerima rawatan kabus menggunakan nebulizer dan kami masih menunggu apa kata doktor. Mommy dan Aina dalam zon separa kritikal, manakala Tedi dan Master menanti di luar.   11:15 pagi Muka si Nor Aina tidak ...

Kad Touch 'n Go edisi terhad TN50

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah untuk menghebahkan mengenai kad Touch 'n Go edisi terhad terbaru iaitu kad Touch 'n Go TN50 . Ia kini mulai dijual di: TNG Customer Experience Center, Bangsar South , Kuala Lumpur, Malaysia. TNG Hub, NU Sentral , Kuala Lumpur, Malaysia. TNG Hub, Wisma Nufri , Johor Bahru, Johor, Malaysia. Hub On The Go (van Touch 'n Go) Kad TNG TN50 ini dijual pada harga MYR 15.90 (lima belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja) termasuk GST. TN50 adalah akronim kepada Transformasi Nasional 2050 yang bakal meneruskan aspirasi Wawasan 2020 yang akan tamat dalam 2 tahun lagi. Hanya 3000 (tiga ribu) keping kad Touch 'n Go TN50 akan dijual sebagai edisi terhad. Kad ini memaparkan: ilustrasi atau lukisan dua budak lelaki menaiki basikal sambil mengibarkan bendera Malaysia di kawasan seperti sawah padi berlatarbelakangkan bangunan moden yang pelik. jata negara Malaysia di sebelah kiri logo 1Malaysia, di penjuru kanan atas logo To...

Usahakan ternakan untuk diwarisi anak

Imej
Dari jurutera syarikat cari gali minyak, individu ini bertukar kerjaya sebagai penternak berjaya. Biarpun kerjaya antara kedua-duanya terlalu jauh berbeza, ia bukan halangan bagi pemilik Ladang Ternak Haji Kassim, Datuk Asmawi Kassim, 45, untuk berbuat demikian. Baginya, bukan satu perkara merugikan apabila terpaksa melepaskan jawatan terakhir sebagai konsultan di syarikat petroleum itu kerana beliau sudah membuat perancangan masa depan. “Jika dalam bidang cari gali minyak saya tidak boleh ‘menyerahkan’ tugas kepada anak tetapi dalam bidang penternakan saya boleh berbuat demikian dan berharap mereka mampu mewarisi apa yang saya lakukan sekarang demi masa depan mereka. “Selepas 17 tahun berkhidmat dalam beberapa syarikat gergasi dengan pelbagai tugas berbeza antaranya sebagai jurutera gerudi dan konsultan petroleum, saya mengambil keputusan berhenti pada 2012. “Berbekalkan modal permulaan mencecah RM200,000 saya membeli sebidang tanah seluas kira-kira e...

Singgah di Restoran Warisan Kak Wok di Cyberjaya Commercial Valley

Imej
Karangan Tedi kali ini adalah mengenai pengalaman kami sekeluarga makan malam di Restoran Warisan Kak Wok. Tadi kami singgah di Restoran Warisan Kak Wok Putrajaya - Dengkil yang terletak di Cyber Valley Commercial Center . Restoran ini sebenarnya terletak bersebelahan Lebuhraya Damansara Puchong atau Jalan Pintasan Dengkil dan boleh dilihat dari  flyover , namun tidak berapa kelihatan. Ia terletak di sebelah Hotel Sepang. Itupun Mommy yang ternampak Restoran warisan Kak Wok ni sekaligus memasukkannya ke dalam senarai kedai makan Nasi Kak Wok yang harus dikunjungi. Nak ke Restoran Warisan Kak Wok ini pun memerlukan sedikit usaha untuk masuk ke jalan ke Dengkil sebelum ke Cyber Valley Commercial Center. Dari jalan Dengkil ini ia tidak kelihatan kerana ia terletak di sebelah belakang. Tedi boleh katakan kawasannya tidak strategik sebab di belakang namun ia sebenarnya di sebelah Jalan Pintasan Dengkil cuma jalan masuk ke sana sahaja tiada. Master tadi pun melakukan pusingan U di ha...

Maksud nama Nor Aina

Imej
Ramai pula yang bertanyakan maksud nama Nor Aina , jadi Tedi saja selit dalam karangan kali ini sekadar untuk celoteh kongsi pengetahuan am. Maksud perkataan Nor dan Aina: Nor atau Nur :  perkataan daripada Bahasa Arab yang bermaksud "cahaya". Aina :  jika disebut atau dieja menggunakan huruf alif, membawa maksud " mana ". Contohnya " min aina " bermaksud " dari mana ". Huruf ain dalam tulisan jawi atau arab. Gambar di atas adalah khat nasakh. 'Ain atau A'in : sebutan menggunakan huruf 'ain membawa maksud " mata ". 'Aina atau A'ina :  sambungan " na " di belakang membawa maksud " kami ". contohnya: " robbuna " bermaksud " Tuhan kami "  " 'alaina " bermaksud " atas kami " 'Aini atau A'ini : sambungan " i " di belakang membawa maksud " saya " contohnya: " robbi " bermaksud ...

Chong Wei tak boleh negatif - Misbun Sidek

Imej
Tedi bersetuju dengan pendapat Misbun Sidek yang realistik dan juga optimistik. Misbun Sidek mahu anak didiknya untuk berpijak di bumi nyata berkenaan faktor usia yang selalu menjadi penamat kerjaya seorang ahli sukan, namun pada masa yang sama Misbun Sidek tidak pula membunuh peluang anak didiknya untuk mencapai kejayaan. Tedi juga kecewa dengan ketirisan pelapis untuk menggantikan Lee Chong Wei dan juga penurunan prestasi Lee Chong Wei, tetapi beliau sahaja pemain terbaik kita ada dan kita harus terus menyokong beliau sehingga akhir kariernya. KUALA LUMPUR: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei dinasihatkan supaya tidak terlalu memikirkan mengenai pandangan orang di sekelilingnya jika mahu terus kekal beraksi pada tahap tertinggi biarpun akan mencecah usia 35 tahun minggu depan. Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek berkata, faktor orang di sekeliling pemain nombor tujuh dunia itu membuatkan dia terlalu berfikiran negatif. "Kadang-kadan...

Merawat Bronchiolitis pada Bayi

Imej
Tiada rawatan khusus untuk Respiratory syncytial virus (RSV)  atau virus lain yang menyebabkan bronchiolitis. Antibiotik  tidak membantu kerana mereka merawat penyakit yang disebabkan oleh bakteria, dan bukannya virus. Walau bagaimanapun, anda boleh cuba meredakan gejala anak anda melalui beberapa langkah yang akan disebutkan di bawah ini. Untuk melegakan hidung tersumbat: Cairkan lendir (kahak atau mukus)  menggunakan titisan hidung saline yang disyorkan oleh doktor anak anda. Jangan gunakan titisan hidung tanpa preskripsi yang mengandungi entah apa-apa jenis ubat. Keluarkan lendir dari hidung bayi dengan menggunakan mentol sedutan  . Keluarkan mentol dahulu. Perlahan-lahan letakkan hujung getah ke dalam satu lubang hidung, dan perlahan-lahan melepaskan mentol. Sedutan ini akan menarik lendir tersumbat keluar dari hidung. Langkah ini paling bagus apabila bayi anda di bawah umur 6 bulan. Untuk melegakan demam: Beri bayi anda  aceta...

Bayi Aina di Kecemasan Hospital Putrajaya

24 September 2017, 05:19 pagi, Hospital Putrajaya. Tedi dan Master sedang menunggu di kaunter pendaftaran Kecemasan Hospital Putrajaya. Kami membawa bayi Aina ke sini kerana dia mengalami kesukaran bernafas dan minum susu mungkin kerana kahak di dalam dadanya. Inilah kesinambungan kepada kes pagi semalam di mana kami bawa bayi Aina ke Nilai Medical Centre di Bandar Baru Nilai until diperiksa doktor pakar di sana. Semalam bayi Aina telah diberikan gas untuk cairkan kahak dan buka saluran pernafasannya. Sejurus sahaja rawatan tersebut, baby Aina kembali ceria. Tapi pada sebelah petang semalam menuju ke malam, penyakit baby Aina datang semula. Pada jam 3 pagi nafasnya semakin laju dan dahinya panas. Master pun keliru kerana termometer dahi mencatatkan suhu dahi baby Aina dalam lingkungan 37 darjah Celcius ke 39 darjah Celcius, manakala termometer ketiak menunjukkan bacaan suhu badan baby Aina di bawah 37 darjah Celcius. Master membasahkan dahi bayi Aina dan sebahagian badannya sebag...

Bermula Era Kerja Part-time?

Tarikh 19 September 2017 mencatatkan dua peristiwa penting dalam keluarga kami. Pertama, Mak Ngah Zira selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 12 malam di Hospital Serdang. Kedua, tiba-tiba Master mendapat panggilan dari IKCM untuk satu peluang kerja sambilan di sana atau dalam Bahasa Inggeris selalu disebut freelance . Ia adalah satu peluang yang baik buat Master menyahut seruan Ahmad Maslan untuk buat dua kerja. Cuma tak dapatlah nak buat 3 kerja macam Ahmad Maslan tu. Master segera membuat keputusan untuk ambil cuti separuh hari untuk melawat Mak Ngah Zira dan bayinya sambil pergi ke IKCM untuk berjumpa bosses di sana dan berbincang apa yang patut. Jam 1 petang kami jemput Aina di rumah pengasuhnya. Jam 2 petang kami makan tengahari di Tasik Sri Serdang yang tidak kelihatan airnya kerana dipenuhi pokok kiambang kalau Tedi tak silap. Master makan nasi ayam mungkin ala Thai sebab sosnya rasa lain tak macam selalu yang ala-ala kuah kicap. Jam 3:30 petang kami di Petronas Sola...

Mesin Pengimbas Resonans Magnetik

Imej
Seperti mana namanya Mesin Pengimejan Resonans Magnet adalah mesin yang menggunakan medan magnet dan denyut tenaga gelombang radio untuk hasilkan gambar (mengimbas) organ dan struktur dalam badan manusia. Ia popular dengan gelaran MRI iaitu singkatan kepada Magnetic Resonance Imaging. Ia berupaya menghasilkan imej 3D struktur dalaman badan manusia. Kanak-kanak akan dibaringkan di atas katil khas yang akan bergerak masuk ke dalam satu terowong Mesin Pengimejan Resonans Magnetik tersebut. Sebahagian kanak-kanak akan dimasukkan kepala dahulu dan ada pula yang kaki dahulu, bergantung kepada situasi. - Comer Children's Hospital.   Gambar menunjukkan seorang ahli radiologi sedang menyediakan pesakit untuk diimbas menggunakan teknologi pengimejan resonans magnet untuk bahagian dada. Gambar menunjukkan seorang pesakit sedang menjalani prosedur pengimejan resonans magnet yang khusus untuk mengimbas payudara wanita. - Orange County Murrieta.

Medan Selera Bina Ayat

Imej
Baiklah, untuk kerja sekolah kita pada hari ini, kita akan bina ayat daripada kata nama "medan selera". Sebelum kita buat ayat, kita seharusnya tahu dan dapat menangkap maksud medan selera tersebut. Medan selera secara umumnya bermaksud tempat yang luas di mana manusia menjamu selera. Medan selera kadangkala disebut juga sebagai medan makan iaitu kawasan di mana manusia makan. Medan selera tidak sama dengan kedai makan atau restoran atau kafe kerana di medan selera selalunya ada banyak gerai atau kedai yang menjual makanan masing-masing di bawah satu bangunan yang sama, berkongsi meja makan dan kerusi yang sama yang disediakan oleh tuan bangunan. Kadangkala mereka juga berkongsi pinggan mangkuk yang sama, sudu garfu yang sama, dan tukang bersih yang sama. Gambar menunjukkan suasana di sebuah medan selera. Sumber gambar: https://www.flickr.com/photos/exif/278331024 Tetapi kesemua ciri-ciri itu tidaklah wujud sekaligus kepada mana-mana medan selera kerana ia bergantung ...

Pulang ke Sepang dari Kota Bharu, Idul Adha TQ

Alhamdulillah, kami telah tiba dari Wakaf Bharu (New Hut) dalam jam 11 pagi tadi. Kami bergerak pulang dalam jam 1 pagi dengan harapan para pemandu lain sedang nyenyak tidur. Master lebih suka bergerak lewat malam kerana Master akan melewati waktu mengantuknya sekaligus mendorong beliau untuk bertahan. Master akan mengantuk jika tidur dahulu dan bangun pada dinihari untuk memulakan perjalanan. Lagipun jika kami bergerak pada waktu dinihari, kami akan terserempak dengan mereka yang bergerak dari kawasan Kuala Krai dan Gua Musang (Fox's Cave). Malangnya impian Master hanya jadi mimpi kerana pada waktu tersebut ramai pula rakyat Kelantan memulakan perjalanan mereka. Hasilnya kami terpaksa hadapi kesesakan di Kuala Krai, Gua Musang, Merapoh, Lipis dan lebuhraya Karak. Kesesakan disebabkan oleh jumlah kereta yang banyak kecuali di Gua Musang yang disebabkan oleh lampu isyarat yang tidak canggih. Master melupakan hasrat untuk berhenti di hentian rehat dan juga stesen minyak kerana...

Contoh ayat merenung

Seperti biasa ini adalah beberapa contoh ayat yang menggunakan perkataan "merenung". Merenung boleh membawa maksud menatap, menjenguk, menafsir dan memahamkan. Bina ayat daripada perkataan "merenung": Dia tidak berani menatap mata Ali yang sering merenung nya. Dia merenung ke luar jendela memerhatikan keindahan suasana matahari terbit. Dia selalu termenung merenung kan nasib malang yang sering menimpa dirinya. Kita sepatutnya sentiasa merenung apa yang telah kita lakukan sepanjang sehari sebelum kita tidur. Dia merenung wajah ibunya sambil tersenyum. Jika kita mengambil masa merenung kesilapan diri, tentu sahaja kita akan sentiasa memohon keampunan-Nya. Pihak sekolah meminta ibu bapa merenung maksud kandungan surat tersebut agar jelas apa yang tersurat daripada yang tersirat. Pernahkah kita merenung bahawa kehidupan kita ini berlalu dengan cepat dan terbazir sebegitu sahaja? Pernahkah kita merenungkan nasib mereka di Somalia contohnya yang kebulura...

Formasi 4-1-2-2-1 Top Eleven level 6 2017 buahkan hasil

Imej
Liga musim level 6 tahun 2017 ini sudah menghampiri penghujung di mana pada waktu ini pasukan New Kedah United mendahului liga dengan perbezaan mata yang agak membanggakan. Game berbaki 3 perlawanan dan jika New Kedah United berjaya dapatkan 1 mata dalam 3 perlawanan terakhir, kami akan juarai liga level 6 2017 ini! Wow! Tak sangka sungguh ketika New Kedah United hanya menduduki 6 tempat teratas pada musim level 5. Boleh dikatakan kejayaan ini adalah disebabkan oleh formasi baru yang Tedi gunakan iaitu formasi 4-1-2-2-1 Wide dengan menggunakan seorang penyerang yang dibantu oleh dua pemain sayap kiri dan kanan. Penyerang solo Tedi arahkan untuk neutral iaitu tidak terlalu menyerang dan tidak pula turun ke bawah untuk bertahan. Ini adalah supaya dia mengawal Bola sementara menunggu barisan tengah dan sayap sertai serangan. Bahagian tengah pula dikuatkan oleh 2 pemain tengah CM dan seorang pemain tengah pertahanan DM. Ketiga-tiga mereka diarahkan untuk sentiasa menyerang. Bahagia...

Tamat temuduga di JVCo

Imej
Alhamdulillah. Master telah selesai ditemuduga petsng tadi untuk satu jawatan di JVCo. Keputusannya masih belum diketahui tapi penemuduga nampak agak tertarik dengan pengetahuan teknikal Master. Cuma malangnya Master tidak bertanya lebih lanjut tentang syarikat baru yang masih belum diketahui identitinya itu. Bakal bos Master (jika Master terpilih) juga menyatakan Master akan termasuk dalam batch pertama jika dipilih.

Bayi 5 bulan menyusu 2 jam sekali

Bayi Aina semalam telah mencecah usia 5 bulan pada ketika dia duduk dengan pengasuh sudah tiga kali. Bayi Aina mula buat peel pelik iaitu dia minta susu hampir setiap dua jam sekali. Kami mula kehairanan tambahan bayi Aina ni suka mengamuk macam kena dera. Master membuat spekulasi bahawa baby Aina mungkin cepat lapar kerana Master telah kurangkan sukatan susu bagi setiap aun air. Ini adalah kerana Master hendak elakkan masalah sembelit. Tapi takkan susu cair sedikit boleh sebabkan baby Aina selalu minta susu? Suhu badan baby Aina normal, jadi dia Tak haus kerana demam. Tedi membuat carian dan terserempak dengan satu kes yang serupa oleh seorang ibu yang tension dengan masalah tersebut. Bayi dia bangun 3 kali semalam dan mengamuk macam kena dera minta susu sedangkan pada waktu siang bayinya itu kurang minum susu iaitu sekadar 4 aun sahaja. Kawan-kawan beliau menasihatkan itu adalah perkara biasa bagi bayi berusia 5 bulan dan mereka mencadangkan penggunaan botol lebih besar dari ...

Mesin basuh Haier HWM7808 kembali pulih?

Imej
Ajaib! Itu sahaja yang mampu Tedi ungkapkan apabila mesin basuh Haier HWM7808 Fuzzy Logic yang telah berusia 8 tahun itu kembali bekerja seperti normal. Sebelum itu mesin basuh ini menghadapi masalah untuk hentikan aliran air paip dan ia tetap mengalir walaupun suis mesin basuh Haier tersebut telah dipadamkan. Namun malam ni mesin basuh Haier HWM7808 itu seolah-olah kembali pulih setelah banyak ekor semut keluar berbondong-bondong dari salur masuk air paip apabila paip dibuka. Musykil betul Tedi dibuatnya, tapi kalau betul dah okay, baguslah. Tadi Tedi set kitaran wash dan rinse-spin, iaitu dua kitaran berbeza. Rinse tidak boleh diset solo pada mesin basuh Haier HWM7808 tersebut, hanya boleh set sama ada wash-rinse atau rinse-spin. Apakah semut-semut itu yang mengganggu mesin basuh Haier HWM7808 tersebut sehinggakan air tidak berhenti masuk semasa wash, rinse, dan spin? Wallahu'alam. Lain kali boleh try pula kitaran basuhan penuh iaitu wash-rinse-spin.

Masukkan data 3 table ke dalam 1 table

Imej
Tedi telah diberikan satu teka-teki mencabar. Bagaimanakah untuk masukkan data daripada 3 table ke dalam satu table sahaja menggunakan SQL statement? Ini adalah hasil perahan otak Tedi, menggunakan stored procedure dalam MS SQL Server. Ideanya adalah untuk loop table tu satu persatu dan assignkan setiap value ke dalam variable sementara, dan kemudian masukkan kesemuanya ke dalam satu table. Untuk loop Tedi gunakan cursor yang masalahnya adalah perlu diisytiharkan secara berasingan dalam blok masing-masing. Ini adalah contoh hasil kerja Tedi. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 54 USE NamaDatabase GO DELETE NamaDatabase.dbo.NamaTableDestinasi GO DROP PROC NamaStoredProcedure GO CREATE PROC NamaStoredProcedure AS BEGIN SET nocount ON DECLARE @ FromStation INT , @ ToStation INT , @ UserCategoryId VARCHAR ( 1 ) DECLARE Cursor...

Mahalnya harga tambang Teksi di Nilai

Tadi Master balik dari pejabat beliau di Bangsar South menggunakan LRT dan komuter. Beliau naik LRT di Stesen Kerinchi dan turun di Stesen KL Sentral. Selepas itu beliau naik Komuter menghala ke Seremban. Komuter yang Master naik tadi menuju ke Sungai Gadut iaitu destinasi terakhir Komuter hala Seremban. Master turun di Stesen Nilai kerana ia lebih hampir dengan Salak Tinggi, dan ia ada stesen bas dan teksi. Master mengambil sebuah teksi yang telah usang. Sampai sahaja di Salak Tinggi, Master bertanyakan jumlah tambang. Terkejut juga Master sebab tambangnya RM 20! Master saja ambil teksi kerana nak sokong pekerjaan pakcik-pakcik tersebut, tapi jika inilah peelnya, Master sokong saja penggunaan Uber dan Grab. Mungkin pemandu teksi boleh menuduh pemandu Uber dan Grab menzalimi mereka, tetapi mereka harus tanya diri sendiri dahulu adakah mereka menzalimi para pengguna? Mungkin ini adalah hukum karma buat mereka, sunnatullah yang menunjukkan bahawa pemandu teksi di Malaysia takkan ...

Beli Sony Ultra XA1 di KB Mall

Imej
Hari Rabu hari tu Sony Midvalley call inform stock telefon pintar Sony Xperia XA1 Ultra dah sampai. Tapi pagi Khamis kami dah bergerak balik ke Kelantan, jadi memang tiada rezeki Mommy lah nak beli telefon pintar Sony Ultra XA1 tersebut. Hari ini kami ke KB Mall pula untuk menjenguk Sony centre di sini. Ia terletak di tingkat 1 KB Mall. Sampai saja di KB Mall, jalan sesak dengan kenderaan. Master terus patah masuk ke tempat letak kereta tambahan KB Mall yang terletak beberapa blok bangunan dari pusat beli belah tersebut. Selepas menapak melintasi blok-blok dan kenderaan yang beratur bersesak mencari parking, kami terus tuju tingkat 1. Di Sony KB Mall ketika itu tiada unit telefon pintar Sony Xperia XA1 Ultra dipamerkan. selepas bertanya kepada jurujual, kami dibawa ke kaunter di mana stock telefon pintar Sony Ultra XA1 itu disimpan. Khabarnya ia baru sampai beberapa hari yang lalu. Setelah memastikan ruang storan adalah 64 gb, Master pun okay untuk Mommy membeli telefon pintar t...

Popular