Pagi ini Mommy dan Master memutuskan untuk membawa si bayi, Nor Aina ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan.

Ini adalah kerana Aina masih sukar bernafas, masih batuk-batuk, dan juga muntah-muntah.

Aina juga semakin tidak aktif, mungkin kerana banyak kehilangan air dalam badan. Master telah membancuh susu cair buat Aina tetapi setiap kali dia minum, dia akan muntahkan semula.

Susu cair yang Tedi maksudkan adalah bancuhan susu dengan lebih banyak air, bukannya susu isian cair yang orang guna untuk buat kek atau air Batu campur tu.

Sampai sahaja di Hospital Putrajaya, Aina dibawa ke Jabatan Kecemasan Dan Trauma kerana kes asma Dan sukar bernafas dikategorikan sebagai kes kecemasan bermakna kita boleh menerima rawatan 24 jam sehari.

Sekarang Nor Aina sedang menerima rawatan kabus menggunakan nebulizer dan kami masih menunggu apa kata doktor.

Mommy dan Aina dalam zon separa kritikal, manakala Tedi dan Master menanti di luar.


 

11:15 pagi

Muka si Nor Aina tidak berseri, mungkin kerana keletihan mengerah tenaga untuk bernafas.

 

12:00 tengahari

Aina dan Mommy di luar Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya

 

Seluar jeans Mommy dicemari darah Nor Aina setelah si bayi cilik itu mencabut jarum masuk air di tangannya. Banyak juga darah yang menitis ke lantai.

Tedi cuba upload gambar darah Aina tetapi tidak dibenarkan oleh Google. Mungkin Google kini sudah ada kepintaran untuk mengenalpasti gambar yang tidak sesuai untuk dikongsi?