Langkau ke kandungan utama
Kad Touch 'n Go edisi terhad TN50

- Karangan Tedi kali ini adalah untuk menghebahkan mengenai kad Touch 'n Go edisi terhad terbaru iaitu kad Touch 'n Go TN50.
- Ia kini mulai dijual di:
- TNG Customer Experience Center, Bangsar South, Kuala Lumpur, Malaysia.
- TNG Hub, NU Sentral, Kuala Lumpur, Malaysia.
- TNG Hub, Wisma Nufri, Johor Bahru, Johor, Malaysia.
- Hub On The Go (van Touch 'n Go)
- Kad TNG TN50 ini dijual pada harga MYR 15.90 (lima belas Ringgit Malaysia dan sembilan puluh sen sahaja) termasuk GST.
- TN50 adalah akronim kepada Transformasi Nasional 2050 yang bakal meneruskan aspirasi Wawasan 2020 yang akan tamat dalam 2 tahun lagi.
- Hanya 3000 (tiga ribu) keping kad Touch 'n Go TN50 akan dijual sebagai edisi terhad.
- Kad ini memaparkan:
- ilustrasi atau lukisan dua budak lelaki menaiki basikal sambil mengibarkan bendera Malaysia di kawasan seperti sawah padi berlatarbelakangkan bangunan moden yang pelik.
- jata negara Malaysia di sebelah kiri logo 1Malaysia, di penjuru kanan atas
- logo Touch 'n Go di penjuru bawah kanan
- logo TN50 di penjuru atas kiri
- teks Masa Depan Negaraku
- Kad ini menggunakan gabungan warna merah jambu (pink), ungu, biru, dan putih. Warna yang agak tidak menarik.
- Maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang Touch 'n Go atau di nombor telefon +603-2714 8888.
- Kepada para pengumpul koleksi kad Touch 'n Go bolehlah cuba mendapatkan kad ini sebelum ia habis di pasaran.
Ulasan