Tarikh 19 September 2017 mencatatkan dua peristiwa penting dalam keluarga kami.

Pertama, Mak Ngah Zira selamat melahirkan bayi lelaki pada jam 12 malam di Hospital Serdang.

Kedua, tiba-tiba Master mendapat panggilan dari IKCM untuk satu peluang kerja sambilan di sana atau dalam Bahasa Inggeris selalu disebut freelance.

Ia adalah satu peluang yang baik buat Master menyahut seruan Ahmad Maslan untuk buat dua kerja. Cuma tak dapatlah nak buat 3 kerja macam Ahmad Maslan tu.

Master segera membuat keputusan untuk ambil cuti separuh hari untuk melawat Mak Ngah Zira dan bayinya sambil pergi ke IKCM untuk berjumpa bosses di sana dan berbincang apa yang patut.

Jam 1 petang kami jemput Aina di rumah pengasuhnya.

Jam 2 petang kami makan tengahari di Tasik Sri Serdang yang tidak kelihatan airnya kerana dipenuhi pokok kiambang kalau Tedi tak silap.

Master makan nasi ayam mungkin ala Thai sebab sosnya rasa lain tak macam selalu yang ala-ala kuah kicap.

Jam 3:30 petang kami di Petronas Solaris Sri Kembangan untuk tunaikan solat Zohor.

Jam 4:00 petang kami sampai di Hospital Serdang tetapi kami berpatah semula kerana Mak Ngah Zira masih tak dapat masuk wad dan berada di wad kecemasan bersalin, maka kami tak dapat menemuinya.

Kami menghala ke IKCM dan setelah berpusing-pusing beberapa kali kami dapat parking di sebelah Restoran Saba.

Master meeting di IKCM buat tempoh yang lama iaitu sehingga jam 6:30 petang. Selama itu Mommy, dan baby Aina terpaksa tunggu dalam kereta.

Habis sahaja meeting Master tu, kami singgah di Petronas Cyberjaya untuk tunaikan solat Asar.

Kemudian kami gerak lepas Maghrib ke rumah Mak Lang Yan untuk bertemu dengan Tok Mak.

Dalam jam 10 malam kami balik ke rumah.

Semoga jadual padat pada hari itu akan membantu pada masa depan, mana tau ada rezeki bayi Aina.

Selain sebagai sumber rezeki sampingan, usaha buat kerja part time ni adalah untuk Master bersiap sedia berpindah ke jabatan baru.

Ini adalah strategi