Catatan

[t17i19] Tukar minyak gear dan suis tingkap auto SAGA BLM

Imej
16-September 10:00 pagi ,Kosmopleks. Tedi ikut Master hantar kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM ke sebuah bengkel di Kosmopleks di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Destinasi kami pada kali ini adalah bengkel SY Tyres And Services di alamat No. 23, Jalan 10 , Kosmopleks, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. Nombor telefon 012-2522435 . Hajat kami adalah untuk menukar minyak gear transmisi manual kereta Proton SAGA BLM tersebut. Harga Tukar Minyak Gear Manual: RM 45 Bila ditanya berapakah harga ganti minyak gear manual SAGA BLM, mekanik kata RM 45 sahaja. Master jadi keliru dan tanya lagi jika dua botol diperlukan iaitu bermaksud jumlah harga tukar minyak gear SAGA BLM tu menjadi RM 90? Tidak. Itu jawapan mekanik. Hanya RM 45 sahaja kerana mereka gunakan kaedah pam. Master tak faham apa maksud mekanik tu tapi dia tidak kisah asalkan harganya RM 45 sahaja. Selalunya kalau kami ke pusat servis Proton, mereka akan gunakan dua bot...

[t20h22] Pusat Kitar Semula Peralatan Elektronik di Presint 9

Imej
Hari ini kami ke Pusat Kitar Semula Presint 9 untuk hantar beberapa barang yang tidak digunakan lagi. Ini adalah kali pertama kami ke sana. Gambar Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9, Putrajaya. # Saturday, 22 August 2020, 16:33 # 20200822 # Kamera: Xiaomi Redmi Note 5A # Gambar: IMG_20200822_163359 # https://goo.gl/maps/m8eTrtxUnF8A1Sk29  # Kesemua barang yang kami hantar ke pusat kitar semula Putrajaya tersebut adalah barangan elektronik  yang terdiri daripada: sebuah televisyen kotak jenama Samsung, sebuah ketuhar gelombang mikro, sebuah seterika jenama Philips, sebuah pembesar suara, sebuah antena televisyen, sebuah komputer riba jenama Targa, sebuah pencetak jenama Canon, dan sebuah radio jenama Philips. Gambar barangan elektronik yang kami jual di Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9 Putrajaya. # Saturday, 22 August 2020, 16:26 # kamera: Xiaomi Redmi Note 5A # gambar: IMG_20200822_162629 # Pengalaman hantar barangan kitar semula ke Pusat Kitar Semula Presint 9 kendal...

[t23k05] Kabinet berpintu kaca Skruvby

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pasang Kabinet SKRUVBY berpintu kaca Master mula memasang set kabinet SKRUVBY dengan pintu kaca yang dibeli di IKEA Cheras semalam. Siri SKRUVBY dari IKEA menampilkan unit penyimpanan dan perabot yang mudah dipadankan dengan tampilan tradisional. Siri ini termasuk rak buku, kabinet, kombinasi penyimpanan, dan banyak lagi dalam warna putih romantis atau warna biru gelap yang ekspresif - keduanya dengan perapian kayu ek. Ada beberapa item dalam siri SKRUVBY daripada IKEA ni, kami beli kabinet berpintu kaca untuk simpan pinggan mangkuk di dapur. Segala pujian bagi Allah, Master memerlukan kurang sehari untuk siapkan pemasangan kabinet kayu berpintu kaca SKRUVBY ini dengan sedikit bantuan daripada Aidan. Ia dapat dicapai berkat panduan pemasangan daripada IKEA yang jelas dan juga pengalaman Master memasang perabot pasang sendiri di rumah Cik Su sebelum ini. Aidan pasang rak kayu SKRUV...

[t23c01] Peribahasa Burung

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Burung gagak itu jika dimandikan dengan air mawar sekalipun, tiada akan menjadi putih bulunya Burung hantu kesiangan Burung pipit sama enggang, mana boleh sama terbang Burung terbang dipipiskan lada Burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan Ibarat burung: mata lepas badan terkurung. Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai. Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai. Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar. Laksana burung diam dalam sangkar Membadai burung atas langit, merendah diharap jangan Seperti burung gagak pulang ke benua Tahan racik burung tak masuk, burung biasa makan di tangan Terbang burung, berinsang ikan Umpama burung di dalam sangka...

Cara Memilih Kasut Badminton Yang Baik

Imej
[Kandungan] Bagaimana Memilih Kasut Badminton? Tapak Kasut Badminton Alas Dalam (Kusyen) Ringan Saiz Rumusan Bagaimana Memilih Kasut Badminton? Ini adalah satu soalan yang sangat baik kerana kasut badminton adalah nadi kepada permainan badminton di samping raket. Ramai orang yang membeli raket yang terbaik untuk bermain badminton tetapi mengabaikan kasut yang mereka pakai di dalam gelanggang badminton. Kasut badminton yang baik akan membantu kita bergerak dengan cekap di dalam gelanggang. Kasut badminton yang baik juga akan mengelakkan kita daripada tergelincir apabila beraksi menentang seteru di dalam gelanggang. Apa yang penting adalah kasut badminton yang kita pakai seharusnya membantu kita bergerak ke mana-mana arah. Tapak Kasut Badminton Perkara yang paling penting tentang kasut badminton adalah daya tarikan dan cengkaman. Pemilihan tapak kasut badminton yang betul akan bergantung kepada gelanggang yang digunakan. Secara umumnya kita bermain menggunakan gelanggang kayu, PU, dan ju...

[t23k05] Contoh Nama Kedai Sukan di Malaysia

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan] Kata Kunci Nama Kedai Sukan Senarai Nama Kedai Sukan di Malaysia Kata Kunci Nama Kedai Sukan Nama kedai sukan di Malaysia banyak menggunakan perkataan berikut: 1 perkataan  2 perkataan sports sukan sport kedai sukan sports enterprise sports centre [Kandungan] Senarai Nama Kedai Sukan di Malaysia 93 Sports Acu Sport Center Aerotech Air Fighter Sport Al-Ikhsan ANTA Sports B-strong Sports Bootsmania   - nama kedai sukan ini berasal daripada penjualan kasut bola sejak tahun 2013. Sebab itu ia menggunakan perkataan "boots" dan bukannya "shoes" kerana pemain bola panggil kasut bola sebagai "football boots". Tetapi pada masa kini interpretZZ mendapati bahawa Bootsmania bukan saja jual kasut bola, malahan mereka turut menjual peralatan sukan lain sama ada secara atas talian atau di kedai mereka di Alor Setar dan Sepang. Mungkin kami boleh terjah k...

[t19g11] Razlan yakin Hafizh kekal bersaing kejuaraan dunia

Agak mengecewakan apabila mendapat berita KTM Tech3 telah menawarkan kontrak kepada Brad Binder untuk berlumba mewakili kumpulan KTM Tech3 pada tahun 2020. Ini bermakna pelumba MotoGP Malaysia, Hafizh Syahrin disingkirkan daripada pasukan KTM Tech3. Tahun ini tahun yang malang buat Hafizh Syahrin setelah beralih daripada motosikal Yamaha kepada motosikal KTM. Bukan dia sahaja, malahan Johann Zarco pun tak beraksi baik setelah bertukar motosikal. Dikatakan motosikal KTM ni tidak mesra penunggang sebagaimana motosikal Yamaha. Salah satu kelemahannya adalah susah ambil selekoh. Selain itu rekaan tempat duduknya juga dikatakan punca penunggang sukar mengawal motosikal KTM, terutama pelumba bertubuh kecil dari Asia. Apa-apa pun bos Hafizh Syahrin lebih tahu apa yang terbaik untuk pasukannya. Malangnya dia tak mahu beri peluang lagi kepada Hafizh Syahrin. Tedi harap pasukan mereka akan kalah selepas ini!   KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah masih mempunyai ruang untuk beraksi di Kejua...

Popular