Hari ini kami ke Pusat Kitar Semula Presint 9 untuk hantar beberapa barang yang tidak digunakan lagi.

Ini adalah kali pertama kami ke sana.

Community Recycling Center Precinct 9, Putrajaya.
Gambar Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9, Putrajaya.
# Saturday, 22 August 2020, 16:33 # 20200822 # Kamera: Xiaomi Redmi Note 5A # Gambar: IMG_20200822_163359 # https://goo.gl/maps/m8eTrtxUnF8A1Sk29 #

Kesemua barang yang kami hantar ke pusat kitar semula Putrajaya tersebut adalah barangan elektronik yang terdiri daripada:

  1. sebuah televisyen kotak jenama Samsung,
  2. sebuah ketuhar gelombang mikro, sebuah seterika jenama Philips,
  3. sebuah pembesar suara,
  4. sebuah antena televisyen, sebuah komputer riba jenama Targa,
  5. sebuah pencetak jenama Canon, dan
  6. sebuah radio jenama Philips.
Pictures of the electronic items we sell at the Putrajaya Precinct 9 Community Recycling Center.
Gambar barangan elektronik yang kami jual di Pusat Kitar Semula Komuniti Presint 9 Putrajaya.
# Saturday, 22 August 2020, 16:26 # kamera: Xiaomi Redmi Note 5A # gambar: IMG_20200822_162629 #

Pengalaman hantar barangan kitar semula ke Pusat Kitar Semula Presint 9 kendalian Alam Flora agak bagus daripada segi layanan dan ketelusan.

Harga barangan dinyatakan dengan jelas jadi kita boleh agak berapa bayaran yang kita bakal terima. Sedikit atau banyak bukanlah keutamaan, yang penting ia telus dan menghormati hak pelanggan.

Selalunya pusat kitar semula atau kedai beli barangan lusuh tidak menyatakan harga, maka kita tak tahu betul tak nilai yang kita perolehi.

Paling penting kami telah menemui pusat kitar semula barang elektronik untuk melupuskan barang-barang elektronik yang tidak digunakan di  mana rakyat Malaysia tentunya sudah maklum barangan elektronik tidak boleh dilupuskan sesuka hati dan perlu dilupuskan dengan betul. Pusat kitar semula Presint 9 ini juga tidak terlalu jauh dari Bandar Baru Salak Tinggi.

 

20200822