Catatan

[t22a22] Majlis Pernikahan Pak Teh Izzuddin

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Jika semalam Master menghadiri  Raptai Perkahwinan Pak Teh Izzuddin , pada pagi ini berlangsung pula majlis pernikahan Pak Teh Izzuddin. Lokasi majlis pernikahan tersebut adalah di Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Slot masa pernikahan adalah pada jam 11 pagi tetapi kesemua ahli keluarga perlu hadir sebelum jam 10:30 pagi. Kami bertolak dari rumah sekitar jam 10:01 pagi dan tiba di kawasan masjid pada jam 10:25 pagi. Jarak perjalanan adalah 22.6 kilometer. Sempena musim Covid-19 ni hanya 10 ahli keluarga dari setiap belah pengantin lelaki dan perempuan dibenarkan masuk. Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk sama sekali, menyebabkan hanya Master dan adik-beradik beliau kecuali Mak Lang Yan menyertai majlis tersebut. Master telah mengeluarkan kamera DSLR Sony Alpha a5000 berwarna merah jambu untuk merakam gambar-gamba...

[t18f08] Kenapa tayar botak tepi bahagian luar tayar?

Imej
Tayar depan kereta Proton Persona Elegance 2009 kelihatan mengalami tayar botak pada bahagian luar tayar. Hal ini agak membingungkan sebab Master selalu pam tayar, sepatutnya tayar botak di bahagian tengah tayar terlebih dahulu. Agak bahaya apabila sisi tayar botak terlebih dahulu kerana bahagian sisi tayar kurang kuat berbanding bahagian tengah tayar. Ini adalah jawapan yang Tedi perolehi semasa kaji kenapa tayar kereta haus di bahagian tepi. Apabila sisi sebelah dalam tayar, atau sisi sebelah luar tayar haus lebih cepat berbanding bahagian lain tayar, ia bermaksud penjajaran tayar (wheel alignment) diperlukan. Terdapat camber yang berlebihan pada penyerap hentakan (suspension) bahagian depan menyebabkan tayar bergantung terlalu banyak sama ada ke bahagian dalam atau luar dan meletakkan terlalu banyak beban kepada satu sisi tayar. Kereta tersebut mungkin perlukan penjajaran tayar, tetapi kesilapan penjajaran boleh sahaja berlaku disebabkan oleh spring mendap, sendi bola yang telah hau...

[t14e10] Formasi apakah sesuai untuk menewaskan 4-4-2?

Imej
Semua tahu bahawa formasi 4-4-2 merupakan formasi paling stabil yang digemari ramai pengurus. Alkisahnya pasukan kelas Tedi akan menentang satu pasukan bola sepak dari kelas lain yang lebih hebat. Jadi, kami fikir kami tiada harapan untuk menang. Cuma, ada ahli pasukan yang meminta Tedi untuk memikirkan apakah formasi yang sesuai untuk mengekang formasi 4-4-2 yang digunakan mereka. Formasi 4-4-2 Formasi 4-4-2 sesuai untuk mengekang formasi yang sama jika kekuatan pasukan adalah setara. Formasi 4-5-1 Formasi ini akan membantu mengekang kemaraan penyerang dan pemain tengah pihak lawan. Rahsianya adalah pemain tengah akan membantu memenuhi kawasan tengah padang menyebabkan kesesakan di sana. Sistem ini digunakan Jose Mourinho dengan jelas semasa di FC Porto dan Chelsea, semasa beliau membina pasukannya dengan pemain tengah yang berkemahiran tinggi. Formasi 4-3-3 Berdasarkan konsep menyerang adalah pertahanan terbaik, tujuan menggunakan formasi ini adalah u...

[t21e10] Sejarah mentega dan az-Zaqqum

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Kandungan Prakata Apakah itu Zaqqum? Sejarah Mentega: 5 perkara yang mungkin anda tak tahu Mentega telah wujud selama 9,000 tahun Anjing pernah digunakan untuk memutar mentega Mentega dan marjerin adalah musuh Mentega turut ada peranan buat mumia Menjauhi mentega tidak menjadikan kita lebih sihat Penutup Sumber rujukan   Prakata Tedi terbaca Asbabun Nuzul (sebab turun ayat) surah As-Saffat ayat 64 (QS 37:64) yang berbunyi begini: Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Qatadah. Diriwayatkan juga oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari As-Suddi; Bahawa Abu Jahal mengejek kaum Muslimin dengan ucapan: "Demi Allah kawan setiamu ini (Muhammad sollallahu alaihi wassalam) menganggap bahawa di neraka ada sebuah pohon padahal sebagaimana kita ketahui bahwa api dapat memusnahkan pohon, kami tidak mengenal Az-Zaqqum. Yang kami ketahui ialah kurma dan mentega ...

[t17a11] Tukar Bearing dan Minyak Hitam Saga BLM

Imej
Petang tadi Master balik lambat kerana ada penilaian prestasi kerja tahunan atau dalam bahasa Inggeris disebut appraisal . Terpaksalah Mommy dan Tedi menunggu Master di lobi pejabat beliau di Bangsar South. Jam 8 malam barulah Master menunjukkan batang hidung beliau yang mancung bak seludang tu kepada kami berdua. Sampai sahaja di lobby Master memaklumkan bahawa kereta Proton SAGA BLM 1.3 Manual Transmission IAFM yang semalam kami hantar kepada Pak Lang telah siap dibaiki, dan kami boleh menjemputnya di Batang Benar. Kandungan: Ganti Bearing Tayar Belakang Kanan  |  Ganti Minyak Enjin SHELL Helix7 (Hx7) 4 liter  |   Berapakah kos upah tukar bearing tayar Proton SAGA BLM? Ganti Bearing Tayar Belakang Kanan Kali ini Master meminta Pak Lang menggantikan bearing tayar sebelah kiri yang disyaki rosak, tetapi sebaliknya bearing yang rosak dan menghasilkan bunyi bising itu adalah bearing tayar belakang sebelah kanan kereta Proton SAGA BLM tersebut. Kos untuk sa...

[t16e30] Will Hughes jadi sasaran Newcastle United?

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم DERBY County star Will Hughes could be a summer transfer target for Newcastle United, according to reports. Newcastle are preparing for life in the Sky Bet Championship following relegation from the Premier League. Rafa Benitez has agreed to stay on as manager and is expected to overhaul his squad during the close season. The Sun claim that Benitez's top targets include Rams midfield ace Hughes, along with Brighton defender Lewis Dunk and Leeds United starlet Lewis Cook. Hughes missed a large part of the 2015-16 with a serious knee injury, which he suffered on the opening day at Bolton. However, he recovered to help the Rams reach the Championship play-offs, starting the final five games of the campaign. The England Under-21 international has previously been linked with a string of top Premier League clubs. ~20160530~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm

[t13k17] Tipikal jawapan kerajaan Malaysia, sungguh klise!

Imej
Hari ini suratkhabar melaporkan berita sogokan kepada pegawai Imigresen Malaysia di lapangan terbang. Malaysia Mugs Ia diikuti cadangan oleh pihak-pihak tertentu supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diletakkan di lapangan terbang untuk membanteras gejala ini. Tapi belum apa-apa dah ada yang menolak dengan menjawab, "Kes ini adalah kes terpencil" . Lebih haru apabila individu itu adalah Ketua Imegresen Malaysia. Tedi tak ingat dah berapa kali ayat "kes ini adalah kes terpencil" atau "isu ini adalah terpencil" digunakan untuk menolak apa-apa cadangan. Paling bodohnya ialah apabila ayat-ayat klise itu disuarakan oleh menteri-menteri Malaysia dan pegawai atasan kerajaan yang sepatutnya bijak pandai mencari penyelesaian kepada sebarang isu. Paling kelakar apabila mereka tidak pula memberi jawapan sebegitu apabila kes itu melarat atau sesuatu kes itu melibatkan orang-orang kenamaan. Sebagai contoh apabila kes penculikan ...

Popular