بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Kandungan

 

Prakata

Tedi terbaca Asbabun Nuzul (sebab turun ayat) surah As-Saffat ayat 64 (QS 37:64) yang berbunyi begini:

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Qatadah. Diriwayatkan juga oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari As-Suddi;

Bahawa Abu Jahal mengejek kaum Muslimin dengan ucapan: "Demi Allah kawan setiamu ini (Muhammad sollallahu alaihi wassalam) menganggap bahawa di neraka ada sebuah pohon padahal sebagaimana kita ketahui bahwa api dapat memusnahkan pohon, kami tidak mengenal Az-Zaqqum. Yang kami ketahui ialah kurma dan mentega".

Berkenaan dengan peristiwa ini turunlah ayat ini sebagai bantahan dengan ucapan Abu Jahl yang menegaskan bahwa pohon Az-Zaqqum itu tumbuh dari dasar neraka Jahannam.

Maka Tedi pun terfikir, bagaimana Abu Jahal boleh mengenali mentega? Bila mentega ini dicipta atau ditemui? Bukankah hanya pada zaman moden ini sahaja?

Persoalan ini membawa Tedi kepada pembacaan artikel bertajuk "Sejarah Mentega: 5 perkara yang mungkin anda tak tahu" ini.

 


Apakah itu Zaqqum?

Umat Islam biasanya tahu bahawa Zaqqum itu adalah satu pokok dalam neraka.

Tetapi rupa-rupanya Zaqqum dalam bahasa Berbers bermaksud kurma yang disapu mentega. Patutlah Abu Jahal menyindir dengan berkata,

Kami tidak kenal Az-Zaqqum, yang kami tahu (Zaqqum) ialah kurma dan mentega

Rupa-rupanya ayat al-Quran ini bukan sahaja menjawab sindiran Abu Jahal itu dengan menjelaskan apakah itu pokok Zaqqum, tetapi juga memberi ilmu kepada Tedi bahawa ada makanan di bumi bernama Zaqqum juga.

Berbers mengikut Google adalah satu kaum orang asli Afrika Utara.

[Kembali ke Kandungan]


Sejarah Mentega: 5 perkara yang mungkin anda tak tahu

"Sejarah mentega adalah sejarah kita," Elaine Khosrova menulis dalam bukunya bertajuk "Butter."

Ini adalah ciptaan kuno dan makanan moden, makanan asas dan artifak budaya; ia telah memainkan peranan dalam perkembangan ekonomi, keagamaan dan masakan di dunia seperti yang kita ketahui.

Rasanya juga sedap.

Buku Khosrova ini mengkaji perkembangan mentega, dari kawasan berpaya kuno Ireland (negara ini punyai 8% kawasan berpaya dunia) hingga patung mentega suci Tibet hingga perindustrian susu di Wisconsin yang menghasilkan 42,000 paun mentega sejam. Buku bertajuk "Butter" ini bukan sahaja memberikan sejarah ramuan yang boleh ditemui di mana-mana, tetapi juga menyediakan resipi untuk penyediaan sendiri di rumah. ("Ini permainan kanak-kanak!" Kata Khosrova.)

 

1) Mentega telah wujud selama 9,000 tahun

"Mentega sudah ditemui manusia selama sekurang-kurangnya 9000 tahun dahulu," kata Khosrova.

Ia mungkin ditemui tanpa sengaja: apabila beberapa susu sejuk yang disimpan di dalam karung yang bergoncang-goncang ketika dibawa di belakang binatang. Tetapi dengan cepat mentega menjadi makanan ruji bagi orang-orang yang berhampiran dengan kawanan ruminan seperti sapi, kambing, domba, rusa, unta, dan kerbau.

Ruminan: (Biologi) haiwan seperti lembu, kambing dan rusa yang mengeluarkan balik makanan yang separuh cerna daripada perutnya untuk dikunyah semula. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Salah satu gambaran yang paling dekat dengan mentega kuno adalah mentega rawa - mentega yang terpelihara di dalam tanah lembap Ireland. Sebilangan sampel yang telah dijumpai pada tahun 400 SM (sebelum Masihi).

Abu Jahal mati pada tahun 624 Masihi dalam Perang Badar, manakala Nabi Muhammad sollallahu alaihi wassalam menjadi Rasul pada tahun 610 Masihi. Maka logik untuk orang Arab telah mengenali mentega yang telah wujud 9000 tahun dahulu. Tambahan orang Arab memang terkenal dengan aktiviti membela kambing dan unta, dan selalu berkenderaan menaiki unta untuk berdagang, jadi mungkin mereka juga tidak sengaja telah menemui mentega, jika tidak mereka telah mengetahui mengenai mentega daripada orang-orang atau kaum terdahulu.

 

2) Anjing pernah digunakan untuk memutar mentega

Bukan sahaja anjing malahan kambing biri-biri, dan juga kuda digunakan untuk memutar kincir yang akan memutar susu untuk menghasilkan mentega.

 

3) Mentega dan marjerin adalah musuh

Owh musuh rupanya, ingatkan saudara-mara.

Sejarah marjerin bermula apabila Napoleon mahukan pengganti mentega yang boleh dihasilkan dengan murah dan banyak untuk diberikan kepada tentera dan rakyat golongan bawahan bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan mentega dan juga kemungkinan berlakunya perang dengan Prussia.

Prussia adalah sebuah negeri Jerman.

Pada tahun 1869, Napoleon menawarkan hadiah wang tunai dan ahli kimia bernama Hippolyte Mege-Mouries menyahut cabaran itu. Dia menggabungkan lemak daging, susu dan garam menjadi sapuan marjerin pertama.

Resepi itu kemudian ditukar menggunakan lemak sayuran, jadi Khosrova tidak tahu bagaimana rasa asal marjerin tetapi apa yang pasti ianya masin.

Marjerin menjadi terkenal di Amerika Syarikat tetapi menerima tentangan daripada pengeluar mentega. Mereka cuba membuatkan pengeluar mentega tutup kedai menggunakan pendaftaran, perundangan dan percukaian. Mereka juga cuba membuatkan marjerin tidak diwarnakan kuning atas alasan akan menimbulkan kekeliruan, hingga sampai tahap mahukan marjerin diwarnakan merah jambu, merah atau hitam.

Namun mentega akhirnya tewas kepada marjerin apabila berlaku kekurangan bekalan marjerin di antara Zaman Kemelesetan Besar (Great Depression) dan Perang Dunia ke-2. Marjerin yang lebih murah dan lebih tahan lama tidak dapat dibendung lagi.

Marjerin mendominasi beberapa dekad selepas itu, namun kini jualan mentega kembali mengatasi jualan marjerin. Tidak menghairankan kerana pada zaman ini orang mula pentingkan makanan yang lebih sihat.

Kelihatan marjerin dan mentega akan kekal bersaing.

 

4) Mentega turut ada peranan buat mumia

Agak mengejutkan apabila Khosrova menemui orang Mesir menggunakan campuran mentega, tanah liat, dan habuk gergaji untuk disapu ke atas mumia. Katanya seperti rawatan Botox zaman purba.

 

5) Menjauhi mentega tidak menjadikan kita lebih sihat

Pada kurun ke-20 orang mula percaya bahawa lemak dalam arteri adalah daripada lemak dalam diet manusia. Jadi manusia mula jauhi makanan berlemak.

Pada tahun 1920-an manusia makan 17 pounds mentega setahun tetapi pada penghujung kurun tersebut manusia cuma ambil 4.5 pounds mentega.

Walaubagaimanapun penyakit jantung tetap meningkat.

[Kembali ke Kandungan]


Penutup

Wow. Tedi tak sangka pula ayat al-Quran QS 37:64 itu boleh membawa Tedi sejauh ini dalam mengenali mentega.

Wallahu'alam

 


Sumber rujukan

  1. Butter's rich history: 5 things you might not know | MPR News- rujukan utama
  2. Carian Umum DBP: Ruminan - maksud ruminan
  3. Nabi Muhammad SAW: Kerasulan - Nabi Muhammad sollahu alaihi wassalam menjadi rasul sekitar 610 Masihi.
  4. Tamatnya riwayat Abu Jahal (iium.edu.my) - Abu Jahal dibunuh dalam Perang Badar.
  5. Maarif-ul-Quran - 37:63 - english | Quran.com - menyebut Zaqqum juga adalah nama sejenis makanan iaitu kurma yang disapu mentega.
  6. Berbers - Wikipedia - menjelaskan kaum Berber adalah penduduk kebanyakan di Afrika Utara

[Kembali ke Kandungan]


~20210510~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih