بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Jika semalam Master menghadiri Raptai Perkahwinan Pak Teh Izzuddin, pada pagi ini berlangsung pula majlis pernikahan Pak Teh Izzuddin.

Lokasi majlis pernikahan tersebut adalah di Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

Slot masa pernikahan adalah pada jam 11 pagi tetapi kesemua ahli keluarga perlu hadir sebelum jam 10:30 pagi. Kami bertolak dari rumah sekitar jam 10:01 pagi dan tiba di kawasan masjid pada jam 10:25 pagi. Jarak perjalanan adalah 22.6 kilometer.

Sempena musim Covid-19 ni hanya 10 ahli keluarga dari setiap belah pengantin lelaki dan perempuan dibenarkan masuk. Kanak-kanak berusia bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk sama sekali, menyebabkan hanya Master dan adik-beradik beliau kecuali Mak Lang Yan menyertai majlis tersebut.

Master telah mengeluarkan kamera DSLR Sony Alpha a5000 berwarna merah jambu untuk merakam gambar-gambar pernikahan Pak Teh Judin ini tetapi Aidan pula mula menangis mahukan kamera digital tersebut, gaya sudah ada semasa menangkap gambar, cuma gambar yang diambil selalunya hilang kepala subjek... huhuhu.

kami beredar dari kawasan masjid sekitar jam 12:34 petang, singgah ke rumah Mak Ngah Zira untuk makan nasi ayam yang dibekalkan oleh keluarga pengantin perempuan.

Sekitar jam 1:26 petang kami tiba di Kampung Tengah Puchong menggunakan 3 buah kereta iaitu Navara, Subaru XV, dan Proton SAGA.

Pada jam 2:44 petang kami beredar menuju ke Putrajaya. Kereta Proton SAGA yang dinaiki Tok Mak, Tokki, dan kedua-dua pak su terhalang di plaza tol Putrajaya kerana kurang baki Touch 'N Go. Setelah berkomunikasi menggunakan interkom, mereka dinasihatkan untuk undurkan kereta sementara kakitangan PLUS hadir untuk memberi bantuan.

Kemudian Master tunjukkan jalan ke homestay di Temara Residence kepada Tokki sebelum kami beredar dan singgah di Nasi Berlauk Ayam Cincang AJ.

Kemudian kami bergerak Mencari Rojak Sotong Kangkung di Pekan Salak tetapi hampa kerana peniaga tidak cukup bahan untuk sediakan juadah tersebut.

Sekitar jam 4:09 petang kami tiba di rumah di Bandar Baru Salak Tinggi.

Sekitar jam 6 petang Mummy keluar bersendirian ke Tesco dan balik ke rumah pada jam 7:18 malam.

Pada jam 10 malam Master pula keluar untuk isi minyak kereta Subaru XV.

 

 


~20220122~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih