Catatan

[T13F15] Selamat jalan kepada buaya terbesar dunia, si Lolong

Imej
Lolong mati akibat komplikasi disebabkan tertelan nilon. Mayor Cox Elorde berlakon mengukur panjang Lolong ketika beliau ditangkap pada 2011   Sepanjang 20-kaki 3-inci, Lolong secara rasmi diisytiharkan buaya terbesar di dunia pada Julai 2012.   Lolong adalah buaya terbesar ditangkap manusia.   Pengkebumian jasad Lolong, buaya terbesar dunia di Bunawan   Gambar bangkai buaya terbesar di dunia yang dilitupi dengan ais sementara menunggu bedah siasat dijalankan. Buaya air masin terbesar dunia itu mati di Bunawan Eco-Park and Research Center di Filipina , kediaman rasminya sejak dia ditangkap pada 2011. Lolong ditangkap setelah dia dipercayai membaham 2 orang manusia. Beratnya ialah 2,370-pound (1075 kilogram) dan panjangnya hampir 20 kaki & 3 inci, dan diiktiraf sebagai buaya terbesar pada Julai 2012. Berat itu dianggarkan 0.27 kali berat seekor gajah. Sumber berita: World's Largest Captive Crocodile Dead: Lolong Mourned In Philippines . Artikel ini dikirim pada...

[T17L02] Kenapa Najis Bayi Berwarna Hijau

Imej
Karangan kali ini adalah tentang si bayi Nor Aina yang warna tahinya kini berwarna hijau. Kenapakah tahi bayi boleh berwarna hijau? Berikut adalah jawapan yang Tedi perolehi melalui laman sesawang di serata dunia tentang apa punca najis bayi hijau. Pemakanan sayuran hijau oleh bayi atau ibunya yang menyusu badan Pengambilan titisan atau makanan tambahan yang kandungi zat besi. Terlalu banyak foremilk bagi bayi yang menyusu badan sahaja. Foremilk atau susu awalan adalah susu ibu pada awal sesi menyusu apabila payudara penuh dengan susu. Foremilk kandungi kadar laktosa (gula susu) yang tinggi dan rendah lemak dan kalori. Foremilk bersifat nipis, berair, dan kelihatan putih atau kebiruan. Jangkitan Mungkin bayi alami jangkitan kuman dalam perutnya. Bayi perlu mengambil antibiotik untuk meredakan jangkitan kuman tersebut. Jangkitan kuman dalam usus pun boleh sebabkan najis hijau. Jangkitan kuman selalunya disertai dengan demam. Cirit-birit Najis hijau berair dengan ...

[T14C07] Bas Perak Transit di Kuala Kangsar

Imej
Gambar bas ini Tedi ambil semasa singgah di Kuala Kangsar dalam perjalanan ke Kota Bharu. Pagi ni Tedi nak kongsikan gambar bas henti-henti Kuala Kangsar pula. Tak sangka pula Tedi ni suka tangkap gambar bas, wakaka.   Waktu ni kami saja merayau dalam Kuala Kangsar, cari tempat makan kononnya. Jadi bila nampak ada bangunan macam istana dan ada kedai, kami berhenti di sini.  Sambil tangkap gambar istana yang rupa-rupanya Muzium Di-Raja Kuala Kangsar itu, Tedi sempat tangkap gambar bas ni. Gambar bas Perak Transit Kuala Kangsar Perak Transit adalah perkhidmatan bas henti-henti di Kuala Kangsar dan seperti biasa orang Malaysia (termasuklah orang Perak) masih bangga dengan ketuanan British. Apa salahnya bagi nama seperti Angkut Perak ka, apa-apa je lah yang sesuai. Kalau mereka rasa jelik dengan bahasa sendiri, siapa lagi yang nak bangga? Tedi tak kisah, Tedi ada bahasa beruang.... Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab),...

[T21I19] Ada apa dengan lipas

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Lipas adalah serangga merayap yang Tedi dengar hidup dari zaman dinosaur lagi. Kemampuannya untuk berevolusi menjamin kesinambungan hidupnya. Tetapi tidak pernah pula Tedi kaji akan kesahihan fakta itu.   Makanan lipas Lipas adalah serangga omnivor dan makan apa sahaja bahan organik mati yang ia terserempak tak kira daripada haiwan atau tumbuhan. Makanan kegemaran lipas adalah: gula-gula, makanan berminyak, daging, dan kanji. Benda lain yang menjadi makanan lipas adalah seperti: buku rambut bahan reput Tiada masalah untuk lipas makan bawang jadi jangan percaya bawang boleh menghalau lipas.   Berapa lama lipas hidup Setiap spesies lipas mempunyai jangka hayat mereka sendiri tetapi secara purata lipas hidup selama lebih kurang satu tahun. Faktor seperti bekalan makanan, habitat dan iklim mempengaruhi jangka hayat. Lipas Amerika boleh hidup selama lebih...

Jempol Negeri Sembilan

Imej
Ketika mencuci komputer Master, Tedi terjumpa 2 gambar ni. Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan Daerah Jempol Mungkin ada kawan-kawan tak pernah dengar pun perkataan " Jempol " ni kan? Jempol adalah satu daerah di utara Negeri Sembilan dan bersempadan dengan Pahang di bahagian Tenggara. Terdapat Sungai Jempol yang mungkin menjadi asal nama tempat ini (atau sebaliknya). Master dibesarkan dan bersekolah di daerah ini, jadi daerah ni begitu dekat bagi Tedi. Kalau belajar geografi, mesti kawan-kawan pernah dengar stesen keretapi Bahau?  Bahau adalah salah satu pekan di dalam daerah Jempol. Kini pusat pentadbiran Jempol terletak di Bandar Seri Jempol yang dulunya dikenali sebagai Bandar Baru Serting . Terdapat juga  PULAPOL Air Hitam yang dulunya dikenali sebagai PULAPAH . Setahu Tedi ia pusat latihan polis yang terbesar di Malaysia. Kiriman InterpretZZ yang berkaitan dengan Jempol: Tedi survey homestay di Felda Lui Selatan Mercu Tanda Za'ba di Bandar...

[T16E22] Kelapa Jeli RM1 di Tesco Kota Bharu

Imej
Akhirnya setelah selesai beberapa urusan di Tesco Kota Bharu termasuk  beli kain di Nagoya Tesco Kota Bharu , kami bergerak pulang. Keluar dari Tesco, kami terserempak dengan seorang pakcik di tempat letak kenderaan. Dia jual Kelapa Jelly RM1. Pada mulanya kami tak perasan sangat tapi selepas faham apa yang pakcik tu promosikan, kami berhenti sekejap. "Nak beli ke bang?" tanya Mommy kepada Master. "Belilah dua" cadang Master. Bukan nak minum sangat pun, kalau benarlah kelapa jelly tu sejenis minuman. Bukan nak makan sangat pun, kalau benarlah kelapa jelly tu sejenis makanan. Kepada sesiapa yang tidak tahu, kelapa jelly ini sebenarnya adalah agar-agar dengan isi kelapa di dalamnya. Jika disebut dengan perkataan Inggeris sepenuhnya sepatutnya ia dipanggil coconut jelly. Tapi nak kongsi rezeki dengan pakcik tu yang nampaknya tidak meminta-minta, dan berniaga tanpa memaksa. Tengok-tengok Mommy beli 5, saja je nak tolong pakcik tu berniaga. Ketika kami dalam...

Kerja Kosong di Nagoya Tesco Kota Bharu

Imej
Sekarang jam 4:22 petang. Selepas melahu di AEON Mall Kota Bharu , kami terjah pula Nagoya Textiles di dalam Tesco Kota Bharu . Sebenarnya inilah tujuan utama Mommy ke Kota Bharu hari ni, nak beli kain untuk hari raya nanti. Tapi biasalah kaum wanita, detour nya banyak sangat. Rajin juga kami ke salah satu cawangan Nagoya Kelantan ni, tak tahulah sebab apa Mommy suka singgah sini, mungkin kerana kedudukannya yang strategik?  

Popular