Ketika mencuci komputer Master, Tedi terjumpa 2 gambar ni.

Gambar kompleks pejabat kerajaan daerah Jempol
Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan Daerah Jempol
  • Mungkin ada kawan-kawan tak pernah dengar pun perkataan "Jempol" ni kan?
  • Jempol adalah satu daerah di utara Negeri Sembilan dan bersempadan dengan Pahang di bahagian Tenggara.
  • Terdapat Sungai Jempol yang mungkin menjadi asal nama tempat ini (atau sebaliknya).
  • Master dibesarkan dan bersekolah di daerah ini, jadi daerah ni begitu dekat bagi Tedi.
  • Kalau belajar geografi, mesti kawan-kawan pernah dengar stesen keretapi Bahau? Bahau adalah salah satu pekan di dalam daerah Jempol.
  • Kini pusat pentadbiran Jempol terletak di Bandar Seri Jempol yang dulunya dikenali sebagai Bandar Baru Serting.
  • Terdapat juga PULAPOL Air Hitam yang dulunya dikenali sebagai PULAPAH. Setahu Tedi ia pusat latihan polis yang terbesar di Malaysia.

Kiriman InterpretZZ yang berkaitan dengan Jempol:

  1. Tedi survey homestay di Felda Lui Selatan
  2. Mercu Tanda Za'ba di Bandar Sri Jempol
  3. http://interpretzz.blogspot.com/2011/05/ternakan-ikan-di-sungai-lui.html
  4. http://interpretzz.blogspot.com/2006/11/hutan-lipur-serting-ulu-jempol.html

Gambar Pejabat Majlis Daerah Jempol, Pejabat Daerah Jempol

Gambar Pejabat Majlis Daerah Jempol

Pejabat Majlis Daerah Jempol ..
Gambar Latihan Asas Konstabel (Wanita) Siri 1/2007 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan
Gambar Latihan Asas Konstabel (Wanita) Siri 1/2007 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Air Hitam, Jempol, Negeri Sembilan
Gambar Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus
Gambar Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol (IPD Jempol), 72120, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus.

20131125