Catatan

Amazon lancarkan perkhidmatan video atas talian, saingi YouTube

Imej
Amazon telah melancarkan perkhidmatan video atas talian yang dikenali sebagai Amazon Video Direct . Perkhidmatan video atas talian tersebut menyediakan perkhidmatan untuk para penggunanya memuat naik video dan kemudian memperolehi keuntungan melalui iklan, royalti dan sumber-sumber lain. Perkhidmatan video atas talian itu juga membenarkan kandungan yang dimuatnaik untuk disewakan, dimiliki, atau ditonton secara percuma beserta iklan. Langkah Amazon ini adalah satu persaingan kepada perkhidmatan video atas talian YouTube yang dimiliki Google . Nampaknya Amazon cuba mengejar YouTube sekaligus memperolehi pendapatan melalui trend terkini di mana pengguna menonton video on demand secara suapan langsung. Mungkin jika pada suatu masa nanti semakin banyak syarikat memperkenalkan perkhidmatan sebegini, monopoli ASTRO ke atas saluran TV berbayar di Malaysia akan pecah, dan mereka terpaksa menurunkan harga langganan perkhidmatan mereka. Video atas permintaan ( video on demand ) ten...

PRK Kuala Besut: Tedi ramal BN menang mudah.

Imej
Sekali-sekala nak juga Tedi jadi pemerhati politik Sekarang ni telinga Tedi yang besar ni tersumbat oleh berita-berita berbaur politik. Semuanya berkenaan Pilihanraya Kecil di Kuala Besut. DUN atau Parlimen ek? Tunggu sekejap, Tedi Bing.com dulu. .... Jumpa gambar ni sekeping yang ada ayat N01, maka sah pilihanraya ni untuk DUN (Dewan Undangan Negeri). Tedi curi gambar di: " PRK Kuala Besut mesti dikendali ‘SPR baru’ " Tedi tak berapa gemar sebut PRK ni, sebab ada iras-iras PKR (Parti Keadilan Rakyat)... errr... acah je... Tedi tak kisah parti mana pun asalkan mereka jaga kebajikan haiwan-haiwan di Malaysia ni. apa kata kita bagi singkatan baru kepada Pilihanraya Kecil ini? Pilihanraya Kecil kalau disingkatkan kepada: PiRaCil , macam nama ikan Piranha la pulak. PiRaKec , tak gemar la Tedi bunyi "kec" tu. PiRaK , ok gak ni. Kalau Pilihanraya Umum jadilah PiRaU Erm, bila Tedi fikirkan semula, PRK tu pun ok je.. hehe.   Rakyat Kelantan nasihatkan rakyat...

Newcastle rentap ego Everton

LIVERPOOL – Pengurus Newcastle United, Steve Bruce menyifatkan kemenangan 2-0 ke atas Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Goodison Park kelmarin mencerahkan peluang untuk menjarakkan kedudukan daripada kelompok tiga bawahan liga. Bruce, 60, mengakui, kemenangan itu kembali melonjakkan semangat skuad bim­bingannya yang sebelum ini dilanda krisis kecederaan dan tahap kecergasan menyaksikan Newcastle gagal mengutip tiga mata daripada sembilan perlawanan terakhir liga. “Kami adalah pasukan yang sukar dikalahkan apabila tiada lagi masalah kecederaan dan pemain juga berada pada tahap kecergasan terbaik. “Jika tidak, kami akan menjadi sebuah pasukan yang sentiasa bergelut untuk mencapai keputusan positif. Saya tahu ia sukar tetapi saya mengambil tanggungjawab ini biarpun ramai orang mengkritik pasukan ini. “Saya percaya dengan kualiti pemain-pemain saya dan mereka telah membuktikannya hari ini ke atas salah satu pasukan besar seperti Everton,” kata­nya. Dalam masa sama, Bruce tur...

Newcastle kejutkan Everton

LONDON: Callum Wilson meledak dua gol untuk membantu Newcastle mengurangkan tekanan ke atas pengendalinya, Steve Bruce menerusi kemenangan 2-0 ke atas Everton di Goodison Park, sebentar tadi. Bruce dikritik hebat oleh penyokong Newcastle selepas pasukan bimbingannya tewas lima perlawanan terakhir liga dan menghampiri zon penyingkiran. Namun, selepas bertukar ke formasi 4-4-2, mereka memperagakan persembahan bertenaga untuk meraih kemenangan pertama dalam 12 perlawanan dalam semua pertandingan menerusi dua jaringan Wilson. Selepas Jordan Pickford menafikan percubaannya pada babak pertama, Wilson kemudian meledak gol pendahuluan selepas menanduk masuk sepakan sudut Jonjo Shelvey pada minit ke-73 sekali gus menamatkan kemarau gol dalam tujuh perlawanan. Percubaan penjaring terbanyak Newcastle itu kemudiannya terkena tiang sebelum meledak gol keduanya pada hujung permainan. Kemenangan itu menyaksikan Newcastle berkelebihan sembilan mata di atas zon penyingkiran. Skuad bimbingan Carlo Ancel...

Travelog BukitTinggi Indonesia NA24

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Sepatutnya pada pagi ini 20210125, Tedi siapkan kerja, namun tiada akses satu pangkalan data pula. Memandangkan Google Photos mengimbau gambar-gambar ini maka Tedi berasakan agak rugi untuk membiarkan mereka terperam sahaja.  Ini adalah koleksi gambar ketika kami melancong ke Bukit Tinggi di Indonesia di mana ini adalah hari ke-2 pelancongan kami di Sumatera Barat ini. Tedi juga telah berjaya lengkapkan timeline pelancongan ini berdasarkan kepada maklumat daripada gambar-gambar yang dirakam Master. Cuma mungkin jalan yang dipilih Google Maps adalah tidak seperti jalan sebenar yang kami lalui.   Pusing-pusing Jam Gadang Hari ke-2 ni pengalaman kami meronda di Jam Gadang pada waktu malam dengan suasana yang meriah. Sebabnya hari ni hari Jumaat bermakna malam minggu. Kalau tak silap kemeriahan suasana malam di Jam Gadang ni hanya pada Jumaat dan Sabtu kerana pada dua ...

Buli atau dera

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Semalam Malaysia dikejutkan dengan satu berita kadet tentera laut dari UPNM yang mati dengan kesan lebam dan melecur di badan. Mengikut berita mangsa dibuli oleh para pelajar UPNM. Tapi mengikut perbualan dengan seorang pakcik yang bekerja menjaga keselamatan negara Malaysia, ia bukan kes buli sebaliknya kes dera dan bunuh. Beliau berkata sedemikian kerana mangsa bukannya kadet tahun pertama tetapi sebaliknya kadet tahun ketiga. Mangsa sudah dikira seorang senior dan tidak logik untuk dibuli. Kedua kerana faktor suspek yang terlibat melibatkan juga orang luar iaitu pelajar Uniten. Bagaimana pula pelajar Uniten membuli kadet UPNM? Ketiga kerana mangsa mati di luar UPNM sekaligus mewujudkan peluang untuk mangsa didera dan dibunuh di luar UPNM dan bukannya dibuli di UPNM. Keempat kerana pihak Polis Di-Raja Malaysia mengkategorikan kes ini sebagai dera. Suspek dikatak...

Ulama wajar nasihatkan raja - Muhyiddin Yassin

Imej
Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 16 Januari 1993 bertajuk "Ulama wajar menasihatkan raja: MB"

Popular