Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 16 Januari 1993 bertajuk
"Ulama wajar menasihatkan raja: MB"
Terjumpa foto ini melalui Google ketika mencari kisah Empayar Pattani.

Keratan akhbar ini menumpukan kepada ucapan Muhyiddin Yassin yang mahukan sokongan ulama ketika kerajaan mahu melupuskan kekebalan raja-raja Melayu. Kerja yang bagus oleh sesiapa sahaja yang menyimpan keratan akhbar ini.

Ucapan ini disampaikan beliau ketika ditemubual dalam Majlis Tilawah al-Quran Kebangsaan ke-35 ketika beliau masih Menteri Besar Johor.

Kandungan keratan akhbar itu berbunyi:

Ulama wajar nasihatkan raja: MB

Oleh Shamshul Azree Samshir

JOHOR BAHRU, Jumaat — Ulama di negara ini wajar melaksanakan tanggungjawab mereka mena-sihatkan Raja-Raja Me-layu mengenai perlunya pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuh kekebalan raja-raja di segi undang-undang.

Menteri Besar, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata ulama perlu tampil ke depan untuk memberi penjelasan serta menasihatkan raja berhu-bung pindaan itu, beri-kutan kekeliruan pelbagai pihak terhadap isu herkenaan.

"Walaupun mungkin agak rumit bagi ulama memahami undang-undang, kita jangan lupa bahawa segalanya disandarkan kepada al-Quran serta digaris dalam Islam," katanya ketika berucap meraikan qari dan qariah Johor yang menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-35, di Kangar, baru-baru ini, di kediamannya Saujana, di sini, malam tadi. 

Dalam majlis tilawah al-Quran itu, qariah Johor, Umi Kalthum Mohd Zin muncul johan qariah manakala qari negeri ini, Mohd Salleh Saidi mendapat tempat kedua. Johor juga muncul johan keseluruhan tilawah itu.

Bagi menghargai sumbangan mereka, di majlis itu Muhyiddin menyampaikan cek RM1,500 kepada Umi Kalthum, manakala Mohd Salleh menerima cek bernilai RM1,000. Sementara, johan tahfiz al-Quran juga dari negeri ini, Endud Mohd Salleh turut mene-rima cek bernilai RM1,500.

Menteri Besar berkata, tokoh agama perlu melak-sanakan tanggungjawab menasihatkan raja, kerajaan dan pihak terbabit berhubung isu itu supaya tidak timbul keadaan kelam kabut dalam masyarakat.

"Jika ulama berbuat demikian, akan wujud persefahaman yang lebih mendalam selain mengelak perselisihan antara pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.

"Tidak elok soal pinda-an Perlembagaan Persekutuan ini dijadikan kontroversi yang memberi kesan tidak baik kepada masyarakat," katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan membawa usul meminda Perlembagaan Persekutuan, terutama memansuh kekebalan raja-raja bertujuan memelihara raja dan memberi sanjungan tinggi selama-lamanya kepada mereka.

Sambil menyifatkan keadaan sekarang genting, terutama dalam menghadapi persidangan Raja-raja Melayu esok dan persidangan Parlimen (18 Januari), beliau berkata: "Negara mempunyai tokoh agama dan ulama yang mampu memberi penjelasan mendalam berhubung soal agama dan menyedarkan semua golongan akan tanggung-jawab masing-masing," katanya.

 

Komentar Tedi:

  1. Tedi sokong raja-raja tiada imuniti kerana keadilan dalam Islam tidak mengira siapa hatta ke atas Rasulullah SAW sendiri.

Sumber: penarikbeca.blogspot.com via Google