Catatan

[t22l20] Unifi TV tak dapat internet dari router FiberHome Unifi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan] Tukar Router Unifi Unifi TV tidak ada sambungan internet MESH internet cuma 100 MBPS Akhirnya Mesh WiFi melepasi 100 MBps Tukar Router Unifi Baru-baru ini kontraktor TM datang tukar router kerana Mummy upgrade pakej Unifi kepada 800 Mbps . Mungkin sebulan lalu kerana pada masa itu Piala Dunia baru nak bermula dan sekarang Piala Dunia sudah tamat dimenangi oleh pasukan bola sepak negara Argentina. Router baru ini lebih canggih dan menyokong WiFi 6 selain itu ia juga ada mesh menyebabkan penggunaan peranti TP-Link Deco di rumah kami ini tampak tidak relevan pada masa ini, namun kami masih menggunakannya. Router baru ini juga ada 6 "tanduk" berbanding 4 "tanduk" pada  router sebelumnya. "Tanduk" yang dimaksudkan adalah antenna. Ketika pakcik kontraktor itu memasang dan menguji router baru itu semuanya kelihatan bagus. Kelajuan internet meng...

[t23j23] Peribahasa Melayu: Mustahil

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan Peribahasa Mustahil] Ara tak bergetah Awak tikus, hendak menampar kepala kucing Bagai si lumpuh hendak merantau Basuh tangan petap abu Bercintakan geliga di mulut naga Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema Bila pula biawak duduk? Burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan Di manakah berteras kayu mahang Gila di abun-abun Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu Kelakatu hendak terbang ke langit Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan Kura-kura hendak memanjat kayu / Kura-kura memanjat kayu Kura-kura pandai kerabat kayu Langit akan disigai, tebat akan disiar Langkas buah papaya Mencari penjahit dalam rumput Mendirikan benang basah / Menegakkan benang basah Menegakkan sumpit tak berisi Mustahil tak berluluk mengambil...

[t25b21] Peribahasa Bulat

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan] Batu bulat tak bersanding Betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak bersarang Bulat air oleh pembuluh, bulat kata oleh muafakat Bulat bagai air dalam pembuluh Bulat bersegi, bersanding melukai Bulat segiling, pecak setapik Bulat waris mengadakan buapak, bulat buapak mengadakan lembaga Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan Pipih boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan Yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang Keterangan  Logo peribahasa bulat menampilkan gambar batu bulat, manusia bermesyuarat, dan titisan air keluar dari pembetung.   Hari ini Tedi mencari peribahasa Melayu yang menggunakan perkataan "bulat" di dalamnya. Kebanyakan peribahasa yang ditemui adalah berkaitan dengan batu, air, manusia, dan bentuk bulat sendiri. Air yang bulat dikaitkan dengan betung atau pembuluh yang sering dikaitkan dengan permuafakatan. Mungkin menun...

[t24f25] Pantun Tentang Ekonomi

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Berikut adalah beberapa pantun Melayu yang mengandungi perkataan ekonomi. Tema Berniaga Ekonomi negara kini menurun, Tidak siapa dapat menduga; Kami bekerja bertahun-tahun, Memantap ekonomi kestabilan keluarga. Mudik ke hulu Sungai Pak Jeli, Membawa salam dari kami; Cik adik pandai berjual beli, Jimat belanja teguh ekonomi. Sumber: Pantun Melayu Sarawak Tema Setia Bangsa PATI datang PATI pulang, Datang pulang menimbul perkara; Berbagai cara menangani pendatang, Pendatang menyulit ekonomi negara; Sumber: Pantun Melayu Sarawak ~20240625~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

T18A23 Tuntut Kerugian Sepenuhnya di Takaful Ikhlas Bangsar South

Semalam Master ke Takaful Ikhlas di Bangsar South untuk bertanyakan perihal dokumen-dokumen yang perlu disediakan untuk menerima tawaran tuntutan sepenuhnya ( total loss ) daripada Takaful Ikhlas. Tuntutan total loss kami dinilai RM 11000 (sebelas ribu ringgit Malaysia) untuk kereta Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM tahun 2009. Nilai diinsuranskan ialah RM 13000 (tiga belas ribu ringgit Malaysia) Kandungan karangan kali ini: Barang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total loss Nasib baik Takaful Ikhlas dekat Berapa lama tuntutan insurans total loss diproses? Ada tarikh luputkah untuk terima tuntutan total loss?  Lokasi ke IKHLAS  Point di Bangsar South Barang yang perlu disertakan semasa terima tuntutan total loss Mengikut surat tawaran yang diterima Mommy, kami kena serahkan (mengikut kes kami): Semua kunci kereta yang diisytiharkan sebagai total loss . Kami cuma ada satu kunci sahaja iaitu kunci pendua manakala kunci utama semasa kami kemalangan telah hi...

[T21H20] SourceTree: Mati semasa klon projek baru

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Dua hari lalu mula dapat kerja sekolah baru kali ini berkaitan dengan ekosistem perniagaan pembalakan di Sarawak. Tedi pun mula mendapatkan capaian kepada semua sumber yang ada termasuk kod sumber. Tetapi kali ini ada masalah di mana SourceTree akan tiba-tiba mati semasa klon kod sumber projek tersebut daripada GitLab. Ralat Ralat yang Tedi perolehi melalui Event Viewer Windows 10 ialah: SourceTree.exe Framework Version: v4.0.30319 Description: The process was terminated due to an unhandled exception. Exception Info: System.IndexOutOfRangeException at SourceTree.Repo.RepoHandlerGitOld.GetDefaultBranch(System.String) at SourceTree.ViewModel.CloneNewDialogViewModel+<>c__DisplayClass212_0.<RefreshRemoteBranches>b__1() at System.Threading.Tasks.Task`1[[System.__Canon, mscorlib, Version=4.0.0.0, Culture=neutral, PublicKeyToken=b77a5c561934e089]].InnerInvoke() at Sy...

SMK Lui Barat

Imej
Pengenalan 2012 Pengenalan Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Lui Barat adalah sekolah di mana Master bersekolah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 . Sekolah ini adalah satu-satunya sekolah menengah di DUN Lui pada masa itu, di mana para pelajarnya adalah dari beberapa buah kampung berdekatan iaitu Felda Lui Barat , Felcra Air Hitam , Felda Lui Selatan 1 & 2 , Felda Lui Timur , Felda Lui Muda , dan Felda Sungai Lui . SMK Lui Barat mempunyai dua sesi pada zaman Master, iaitu sesi pagi untuk tingkatan 4 dan 5 , dan sesi petang untuk tingkatan 1 hingga 3 . Master menduduki Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia di sekolah ini. Pada penghujung zaman persekolahan menengah Master di SMK Lui Barat, sekolah ini menerima bangunan asrama menjadikannya sekolah berasrama. 2012 Gambar pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Lui Barat pada 11 Oktober 2012. 20121011

Popular