بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Baru-baru ini kontraktor TM datang tukar router kerana Mummy upgrade pakej Unifi kepada 800 Mbps. Mungkin sebulan lalu kerana pada masa itu Piala Dunia baru nak bermula dan sekarang Piala Dunia sudah tamat dimenangi oleh pasukan bola sepak negara Argentina.

Router baru ini lebih canggih dan menyokong WiFi 6 selain itu ia juga ada mesh menyebabkan penggunaan peranti TP-Link Deco di rumah kami ini tampak tidak relevan pada masa ini, namun kami masih menggunakannya. Router baru ini juga ada 6 "tanduk" berbanding 4 "tanduk" pada router sebelumnya. "Tanduk" yang dimaksudkan adalah antenna.

Ketika pakcik kontraktor itu memasang dan menguji router baru itu semuanya kelihatan bagus. Kelajuan internet menggunakan kabel adalah 800 Mbps tetapi hanya 300 Mbps sahaja jika gunakan WiFi. Jadi mungkin kawan-kawan perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada berbaloi langgan Unifi 800 Mbps jika WiFi hanya boleh capai kelajuan 300 Mbps? Adakah kawan-kawan nak sambung kabel rangkaian pada komputer kawan-kawan?

Tetapi lain pula jadinya apabila pakcik kontraktor berdua itu balik. Baru Master perasan bahawa rangkaian mesh WifI kami perlahan gila babi, babi pun tak perlahan macam tu, laju lagi gunakan rangkaian internet telefon.

Master pun mula lah mencuba dan mencuba, perkara pertama dikenalpasti ialah lampu pada peranti TP-Link Deco M6 itu ialah lampu LED berkelip-kelip hijau dan merah.

Jika kawan-kawan tak tahu peranti TP-Link Deco ini dapat sumber internet melalui kabel LAN yang disambungkan kepada router Unifi yang baru ditukar tadi. Pada router itu ada 3 port LAN iaitu LAN1, LAN2, dan LAN3.

LAN1 telah dipasangkan kabel LAN Unifi TV Box manakalan LAN2 dipasang kabel LAN TP-Link Deco. Master cabut kabel LAN TP-Link Deco tu dan pasang ke LAN3, terus merah, tak ada kelip-kelip hijau merah dah. Maksudnya langsung tiada internet.

Kemudian Master cabut kabel LAN Unifi TV dari port LAN1 dan pasang kabel LAN Deco di sana, barulah lampu LED TP-Link Deco tu berwarna hijau dan internet rangkaian mesh di rumah kami kembali berfungsi.

 

Unifi TV tidak ada sambungan internet

Cukup sampai di situ, Master biarkan sahaja. Lama juga lah kami tidak menonton Unifi TV kerana Tok Ma dan tok Abah datang ke rumah, mereka tak tahu gunakan Unifi TV maka kami beralih kepada ASTRO. Tambahan pada masa ini Piala Dunia 2022 sedang berlangsung, tidak boleh ditonton melalui Unifi TV walaupun RTM2 ada di situ.

Sehinggalah pada hari ini 20221220 Master mahu menonton Unifi TV. Barulah Master dapati bahawa Unifi TV pula tiada internet.

Master semak status dan konfigurasi pada panel router FiberHome. Akhirnya Master dapati bahawa LAN3 bound kepada WAN bernama 2_Other_B_Vid_600. Manakala LAN1 dan LAN2 bound kepada sambungan internet WAN 1_INTERNET_R_VID_500.

Master pun cubalah sambung kabel LAN Unifi TV ke port LAN3 dan alhamdulillah, Unifi TV kembali berfungsi.

Master tak faham kenapa kontraktor Unifi itu tidak memasang kabel-kabel LAN di tempat yang betul.

 

MESH internet cuma 100 MBPS

Masalah yang tinggal kini ialah kelajuan internet melalui MESH WiFi hanya 100 MBPS. Master biarkan dahulu permasalahan ini dan akan cuba cari penyelesaian pada masa akan datang. Apa yang ada dalam fikiran adalah mungkin kabel LAN yang digunakan cuma mampu pindahkan data pada kelajuan 100 MBPS, jadi Master akan kena cuba sambung terus kabel LAN yang digunakan peranti TP-Link Deco tersebut ke komputer beliau untuk uji kelajuan internet yang boleh dicapai.

 

Akhirnya Mesh WiFi melepasi 100 MBps

 Ada kabel LAN lebih di rumah kami tetapi tak berapa panjang. Master sambung kabel ini ke DECO dan kelajuan mesh WiFi mencecah 300 MBps. Pelik kenapa kabel sedia ada cuma terhad kepada 100 MBPs sahaja sedangkan ia kabel LAN CAT 5e yang sepatutnya boleh mencecah 1000 MBPs, adakah Master telah ditipu? Master pasang dahulu kabel baru yang pendek itu dan akan beli kabel baru tak lama lagi.


~20221220~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih