بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


[Kandungan Peribahasa Mustahil]

  1. Ara tak bergetah
  2. Awak tikus, hendak menampar kepala kucing
  3. Bagai si lumpuh hendak merantau
  4. Basuh tangan petap abu
  5. Bercintakan geliga di mulut naga
  6. Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema
  7. Bila pula biawak duduk?
  8. Burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan
  9. Di manakah berteras kayu mahang
  10. Gila di abun-abun
  11. Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu
  12. Kelakatu hendak terbang ke langit
  13. Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula
  14. Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan
  15. Kura-kura hendak memanjat kayu / Kura-kura memanjat kayu
  16. Kura-kura pandai kerabat kayu
  17. Langit akan disigai, tebat akan disiar
  18. Langkas buah papaya
  19. Mencari penjahit dalam rumput
  20. Mendirikan benang basah / Menegakkan benang basah
  21. Menegakkan sumpit tak berisi
  22. Mustahil tak berluluk mengambil cekarau
  23. Semut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi
  24. Takkan boleh bersiul sambil meminum air

Ara tak bergetah

Maksud peribahasa: Suatu perkara yang mustahil

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Awak tikus, hendak menampar kepala kucing

Maksud peribahasa: Melakukan sesuatu yang mustahil

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Bagai si lumpuh hendak merantau

Maksud peribahasa: Ingin melakukan pekerjaan yang mustahil

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Basuh tangan petap abu

  1. Maksud peribahasa: Berharapkan sesuatu benda daripada orang yang bakhil, tentulah mustahil.
  2. petap = mengeringkan sesudah dibasahi; tekap
  3. bakhil = kedekut

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Bercintakan geliga di mulut naga

Maksud peribahasa: Mengharapkan sesuatu yang mustahil

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema

  1. Maksud peribahasa: Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul.
  2. si tua = harimau;
  3. jema = orang

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Bila pula biawak duduk?

Maksud peribahasa: Pertanyaan untuk sesuatu yang mustahil

  [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Burung yang liar jangan dilepaskan; khabar yang mustahil jangan didengarkan

Maksud peribahasa: Jangan percaya akan sesuatu yang kita belum tahu dengan sahnya

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Di manakah berteras kayu mahang

Maksud peribahasa: Sesuatu yang mustahil tak usah diharapkan sangat

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Gila di abun-abun

  1. Maksud peribahasa: Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil.
  2. abun-abun = angan-angan

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu

Maksud peribahasa: Perkara yang mustahil

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Kelakatu hendak terbang ke langit

Maksud peribahasa: Menghendaki sesuatu yang mustahil

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula

Maksud peribahasa: Hendak meniru-niru membuat pekerjaan yang mustahil dapat dilakukan olehnya

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan

  1. Maksud peribahasa: Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi.
  2. berudu = anak katak yang masih sebagai ikan

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Kura-kura hendak memanjat kayu / Kura-kura memanjat kayu

Maksud peribahasa: Berbuat sesuatu yang mustahil

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Kura-kura pandai kerabat kayu

  1. Maksud peribahasa: Berbuat sesuatu yang mustahil.
  2. Peribahasa lain yang sama makna: Kura-kura hendak memanjat kayu / Kura-kura memanjat kayu
  3. kerabat = panjat

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Langit akan disigai, tebat akan disiar

Maksud peribahasa: Ingin berbuat sesuatu yang mustahil

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Langkas buah papaya

  1. Maksud peribahasa: Suatu perkara yang mustahil.
  2. langkas = luruh kerana terlampau masak

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Mencari penjahit dalam rumput

Maksud peribahasa: Pekerjaan yang mustahil

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Mendirikan benang basah / Menegakkan benang basah

  1. Maksud peribahasa: Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil.
  2. Peribahasa lain yang sama makna: Menegakkan sumpit tak berisi

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Menegakkan sumpit tak berisi

  1. Maksud peribahasa:
    1. Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil.
    2. Orang bodoh berlagak pandai
    3. Orang miskin berlagak kaya
    4. Perbuatan yang sia-sia sahaja.
  2. Peribahasa lain yang sama makna: Mendirikan benang basah / Menegakkan benang basah
  3. sumpit = sejenis karung yang dianyam daripada mengkuang dan lain-lain yang digunakan untuk isi beras dan sebagainya.
Harus difahami bahawa maksud menegakkan dalam konteks sumpit ialah mendudukkan sumpit itu supaya ia tegak, bukannya kita pegang sumpit tu menegak. Kalau sumpit yang berisi contohnya beras sudah tentu kita boleh dudukkan ia menegak. Contoh pada masa kini ialah meletakkan guni beras menegak.

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Mustahil tak berluluk mengambil cekarau

Maksud peribahasa: Mustahil mendapat kesenangan tanpa berusaha

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Semut gatal nak gonggong gunung, bagaimana dunia takkan sunyi

Maksud peribahasa: Sesuatu yang mustahil dilakukan

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Si cebol hendak mencapai bulan / Si cebol hendak mencapai bintang

  1. Maksud peribahasa: Menginginkan sesuatu yang mustahil tercapai.
  2. Si cebol = orang pendek
Tetapi ini hanyalah metafora sahaja kerana hakikatnya ketinggian seseorang tidak mengahalang seseorang itu mendarat di bulan jika dia naik kapal angkasa.

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


Takkan boleh bersiul sambil meminum air

Maksud peribahasa: Melakukan pekerjaan yang mustahil

 [Kandungan Peribahasa Mustahil]


~20231023~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih