Tambah Nilai Touch 'n Go Online
Adakah persoalan ini pernah bermain dalam minda anda para pengguna Kad Touch 'n Go? Bolehkah reload Touch 'n Go secara online? Bagaimana topup Touch 'n Go menggunakan Maybank2u? Tidak boleh reload Touch 'n Go melalui online banking Straight to the point kan jawapan Tedi tu? Hehe. sebenarnya pada suatu masa dahulu boleh topup Touch 'n Go menggunakan sistem perbankan atas talian. Touch 'n Go memperkenalkan produk Quik2Go untuk tujuan itu. Tedi tak pastilah sama ada ia dieja Quick2Go atau Quik2Go? Tedi pun tak pasti pada tahun bilakah produk itu diperkenalkan, namun apa yang pasti ia menemui kegagalan dan tidak diteruskan. Kenapa ia gagal? Mungkin kerana pengguna terpaksa membeli peralatan khusus untuk topup kad TNG. Atau mungkin juga teknologi internet Malaysia pada masa itu tidak canggih? Atau mungkin sahaja idea itu terlalu jauh mendahului masa? Apa-apa pun Touch 'n Go kena faham, rakyat Malaysia tak suka membayar untuk perkhidmatan yang mereka pe...