بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Ini adalah beberapa keping gambar berkenaan keluarga kami pada hari ini,

  1. Tertidur Semasa Buat Kerja Rumah
  2. Eksperimen Rasa
  3. Crystal Palace 2 : 0 Newcastle United

Tertidur Semasa Buat Kerja Rumah

Sebentar sahaja Master meninggalkan Aina semasa dia sedang menyiapkan kerja rumah Bahasa Inggeris, tengok-tengok Aina sudah terlelap di meja tulis. Kasihan, mungkin kepenatan bersekolah pagi dan petang. Master terpaksa Whatsapp guru Bahasa Melayu memberitahu Aina tidak sempat menyiapkan kerja rumah Bahasa Melayu kerana sudah tertidur semasa menyiapkan kerja rumah Bahasa Inggeris. Jam pun sudah hampir jam 11 malam maka tidak hairanlah Aina mengantuk.

Keterangan
 Aina terlelap tak sempat siapkan kerja sekolah Bahasa Inggeris. Ktika ini Aina sedang menyalin perkataan Bahasa Inggeris daripada kamus bergambar ke dalam buku notanya.
Umur Aina ialah 7 tahun 2 bulan 5 hari.
Bila?
 Thursday 25 April 2024, 22:38
Kamera
 Xiaomi M2101K7BG
Gambar
 IMG_20240425_223852
Teks
 delima, demam, donat, dompet, dulang, mat - tikar, mug - gelas, map -peta, moon - bulan, nose - hidung, nail - paku, nest - sarang burung
Lokasi
 rumah BBST

Eksperimen Rasa

Keterangan
 Aidan sedang menjalankan eksperimen rasa menggunakan serbuk kopi di tadika beliau. Umur Aidan pada masa ini ialah 4 tahun 11 bulan 3 hari.
Bila?
 Thursday 25 April 2024, 15:21
Kamera
 
Gambar
 IMG-20240425-WA0215.jpg
Teks
 Coffee powder
Lokasi
 

Crystal Palace 2 : 0 Newcastle United

Ketika Master menyangkakan bahawa perlawanan ini wajib menang tiba-tiba sahaja Newcastle United ditewaskan Crystal Palace. Rupa-rupanya Palace memang kebelakangan ini banyak menewaskan kelab-kelab top 10.

 


~20240425~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih