Puas Tedi cari tempat ni dalam Google Map, tak jumpa-jumpa.

Tempat yang Tedi nak sentuh kali ni orang Malaysia panggil Munduk. Tapi daripada iklan yang ditemui di sana, Master kata nama tempat tu Munuk. Manakala carian melalui Google Map menyatakan bahawa nama tempat itu ialah Muno.

Tedi letak gambar sahaja mengenai pengalaman melancong ke Munduk ni. Malas Tedi nak cerita takut-takut menyentuh isu keselamatan negara Malaysia juga kesejahteraan mereka yang mencari rezeki. Tu pun banyak gambar yang Tedi censored, hehe.

Encik Mazidul mungkin ada cerita yang hampir sama (http://www.mazidulakmal.com/2010/01/ada-siapa-kisah.html), tapi takde kena mengena dengan cerita Tedi ni.

Buat makluman, tidak dibenarkan bawa kamera ke sana. Hal ini dimaklumkan oleh penduduk Munuk kepada Master. Tapi sebab Master tak tahu & accidentally bawa kamera, sempatlah snap sikit-sikit.

Ambil gambar dengan penuh berhati2 macam spy pun ada sebab polis atau askar Thailand ada merata-rata di Munduk ni.



Keunikan Senibina Munduk

Bumbung bangunan di Munuk. Penuh seni. Bumbung di Malaysia takleh lawan punya lah.

 

Batu Sempadan Malaysia - Thailand

Batu tanda sempadan Malaysia - Thailand.

 

Tanda rujukan sempadan negara Malaysia.

2 Ekor Kambing dan Sampah-sarap di Malaysia

Jalan-jalan ke mana-mana, mesti jumpa kawan-kawan lama. Gambar 2 ekor kambing Malaysia.
Ini di Malaysia, buang sampah merata-rata memang habit orang Malaysia. Iklan perlancongan bukan main, tapi tak jaga keindahan alam Malaysia.

 

Kawan2 Tedi 2 ekor ni sibuk minum2.
Minum apa tu?

Hujan dan Becak di Munduk

Gambar keadaan becak di Munduk selepas hujan
Kalau hujan, memang becak.

 

Gambar rumah Radaeng di Munuk Thailand
Rumah Radaeng (Radaeng Home).
Siapa Radaeng tu? Nanti Tedi tanya Master.

 

Motosikal yang kiut-miut macam Tedi.

 

Tak faham? Maksudnya belok kanan.
Itu pun tak reti baca.

 

Gambar iklan di Munduk Thailand mengumumkan berita dan arahan kepada rakyat jelata
Iklan. Iklan apa? Ha, nanti kita mintak Master bacakan.

 

Terjemahan iklan oleh Master:
Iklan untuk kerjasama penduduk Munuk
Dengan keadaan sekarang 3 wilayah kita ini sering berlaku kesusahan dikatakan setiap hari membuat rakyat duduk di dalam kesusahan
takut kepada apa yang berlaku dan membuatkan rakyat jalan ramai yang mati meninggal dunia dan tidak boleh hidup seperti orang2 ramai
Apa yang berlaku sebelum ini kebanyakan guna kenderaan motor dan kereta yang dicuri
atau kenderaan yang tidak bayar insuran
dan kenderaan itu juga telah dibuat motorbom
apa yang berlaku atau pun yang terjadi berkenaan dengan motor atau kereta bom itu pihak anggota polis Munuk mesti mengambil tindakan ke atas kenderaan tidak cukup syarat tin__kan oleh trafik jalan raya
Yang demikian pihak polis Munuk memohon kepada penduduk di kawasan mukim Munuk dan mukim Puyuk (Puyu?,Puyu'?) mesti mengikut arahan seperti berikut:
1) setiap jenis kereta dan motor ada daun keras ataupun potong setiap tarus dalam kenderaan kita
2) setiap kereta dan motor mesti ada nombor daftar yang betul yang dikeluar oleh jabatan jalan raya.
3) setiap kereta dan motor mesti bayar cukai dan ratik yang betul.
Pihak anggota polis Munuk banyak2 terima kasih di atas kerjasama anda

 

Kereta masuk kawasan pasar, susah nak jumpa di Malaysia.

Guna Duit Malaysia dan Bahasa Malaysia di Munduk 

Shopping di sana memang agak best kalau banyak duit. Guna Ringgit Malaysia pun tidak menjadi masalah. Kawasan pun memang kawasan orang Islam.
Speaking? Kalau pandai bahasa orang Kelantan sikit-sikit pun dah ok, takdak hal punya.

Resepi istimewa, tak pernah jumpa di Malaysia, telur puyuh goreng.

 

 

Adios amigos, Tedi nak makan dulu.