[t19j25] Enjin Kereta Proton Persona tak boleh start bunyi tak tak tak
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ Pada hari Isnin, 21 Oktober tiba-tiba sahaja kereta Proton Persona 2008 transmisi manual kami tidak dapat dihidupkan enjinnya. Ada bunyi engkol (crank) enjin sedikit sebelum disudahi dengan bunyi tak tak tak. Melalui rujukan antarabangsa, enjin kereta Proton Persona tidak dapat dihidupkan dan disertai bunyi tak tak adalah berpunca daripada masalah pada bateri tersebut. Tetapi bukan bateri sahaja boleh menjadi punca masalah kepada enjin tak boleh start dan berbunyi tak tak, masalah pemula (starter) enjin juga boleh menyumbang kepada masalah yang sama. Bagi memastikan bahawa masalah sebenar adalah pada bateri dan bukan pada engine starter , Master telah meminjam kabel jumper milik Pak Lang Epul untuk jump start (hidup lompat) enjin kereta Proton Persona tersebut. Jump Start Enjin Kereta Proton Persona Jump start secara umumnya adalah kaedah menghidupkan enji...