بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Kandungan:


Prakata

Mungkin ramai mengetahui bahawa kerajaan Negeri Sembilan ada hubungan dengan Kerajaan Pagaruyung di Batu Sangkar.

Alhamdulillah, ketika Tedi berkunjung ke Padang, Indonesia, kami juga dibawa melawat Istana Basa Pagaruyung (Istana Besar Pagaruyung) yang terletak di Batu Sangkar.

Kalau nak cerita pasal Istana Besar ni, memang akan meleret-leretlah coretan Tedi ni nanti. Semoga Tedi diberikan masa dan kerajinan untuk merakamkan kenangan kami di sana.

Cuma ada satu perkara yang Tedi teruja nak kongsikan bersama kawan-kawan.

Pada istana ini terdapat 3 warna yang cukup meriah, iaitu kuning, merah dan hitam. Sekilas pandang warna-warna ini sahaja Tedi dah terasa semangat Negeri Sembilan meresap ke jiwa, kerana ketiga-tiga warna ini terdapat pada bendera Negeri Sembilan.

Tak percaya? Sila lihat foto di bawah.

Hiasan dalaman Istano Basa Pagaruyung menggunakan 3 warna iaitu merah, hitam dan kuning. Warna-warna yang sinonim dengan bendera Negeri Sembilan di Malaysia.
# Saturday, 25 January 2014, 12:25 # 20140125 # Kamera DSLR Canon EOS 500D # 20140125-bukittinggi (212).JPG # Lokasi: https://goo.gl/maps/xEh2QakDeDAH5pLs5 #

Betul kan warna tema pada hiasan istana itu menggunakan warna yang sama pada bendera Negeri Sembilan? Tidak menghairankan kerana para pemerintah Negeri Sembilan berasal dari Minangkabau, itu yang Tedi tahu secara umum, untuk keterangan lanjut kena baca lebih lagi.

Tetapi peliknya makna warna-warna ini berbeza pada kedua-dua bendera. Mari kita lihat.

Makna warna pada Marawa Minangkabau (Bendera Minangkabau)

Warna pada Marawa ada 3 dan ikut pemahaman Tedi adalah merujuk kepada 3 daerah yang menjadi asas kepada Alam Minangkabau.

  1. Hitam
    1. Hitam adalah warna daerah Candiak Pandai iaitu daerah orang yang ada ilmu pengetahuan tinggi.
    2. Daerah ini memiliki ramai pemerintah, punca kenapa warna hitam ini adalah warna pertama pada Marawa.
  2. Merah
    1. Warna merah melambangkan keberanian dan keagungan.
    2. Keagungan adalah hasil pegangan agama yang kuat.
    3. Daerah atau Luhak menggunakan warna ini adalah Kabupaten Agam yang terdiri dari Nagari Padang, Pariaman, dan Bukit Tinggi.
    4. Daerah ini menggunakan Marawa dengan warna merah, hitam dan kuning.
  3. Kuning atau Emas
    1. Bermaksud keagungan kerana mempunyai undang-undang dan hukum.
    2. Bayangan kepada pemerintahan Minangkabau yang berdasarkan kepada Datuak.
    3. Datuak adalah pemimpin daerah di Minangkabau.
    4. Dilambangkan sebagai Nan Tuo atau orang yang dihormati di daerah tersebut.
    5. Daerah yang menggunakan warna ini adalah Luhak Tanah Datar yang di dalamnya terletak Nagari Solok, Batu Sangkar, Muaro Sijunjung, dan Dharmasraya.

Maksud warna Bendera Negeri Sembilan

bendera negeri negeri sembilan bendera negeri sembilan
Gambar Bendera Negeri Sembilan berasaskan kepada 3 warna iaitu Kuning mewakili raja. Merah mewakili rakyat. Hitam mewakili Datuk Undang (lebih kurang golongan pembesar Negeri Sembilan). http://ms.wikipedia.org/wiki/Identiti_Negeri_Sembilan

Jika dibandingkan dengan makna warna pada Marawa Minangkabau, macam agak terbalik pula maksud warna pada bendera Negeri Sembilan.

  1. Kuning Emas
    1. Mewakili Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan iaitu raja. 
  2. Merah
    1. mewakili rakyat Negeri Sembilan
  3. Hitam
    1. Mewakili Datuk Undang iaitu pemerintah di Luak-luak yang menjadi bahagian-bahagian Negeri Sembilan.

Persamaan Istilah?

Nampak macam ada beberapa istilah yang seakan sama dan mungkin sama.

Minangkabau Negeri Sembilan
Luhak Luak
Datuak Datuk Undang

Karangan ini adalah mengenai Bendera Negeri Sembilan yang mempunyai persamaan warna dengan bendera Minangkabau (Marawa Minangkabau). Karangan ini cuba mengkaji maksud warna-warna pada Bendera Negeri Sembilan dan membandingkannya dengan Marawa Minangkabau yang mana ternyata maksud warna-warna itu tidak sama walaupun pemerintah Negeri Sembilan berasal dari Kerajaan Pagaruyung yang memerintah Alam Minangkabau. 


~20140130~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih