Catatan

[t16f24] Adakah Kereta Kebal Rusia Tidak Bagus Berbanding Kereta Kebal Jerman atau Tentera Bersekutu?

Imej
Ini adalah bacaan sejarah dan tidak menunjukkan sokongan Tedi kepada mana-mana pihak. Soviets telah cuba sedaya upaya untuk menjauhkan tentera Jerman dari Moscow. Stalin terpaksa memindahkan angkatan tentera dari Timur Jauh dan juga Leningrad untuk kukuhkan pertahanan. Pada masa yang sama juga Soviet berjuang habis-habisan untuk menamatkan kepungan musuh ke atas Leningrad. Pada hujung kepungan selama 900 hari itu, sejuta orang awam kehilangan nyawa mereka. Soviet juga hampir hilang Stalingrad keseluruhannya kepada Jerman, di mana pada masa itu Jerman telah menawan 90% kota yang telah musnah itu. Dalam keadaan yang kritikal seperti itu, mereka terpaksa menggunakan semua tentera dan mesin yang ada. Tentera mereka selalunya tidak terlatih, dan jentera mereka selalu bermasalah. Keadaan ini memberikan jawapan kepada persoalan di atas - ya, kereta kebal Soviet lemah pada masa itu. Bagaimana jika dibandingkan dengan kereta kebal Jerman? Soalan ini susah untuk dijawab. Kereta kebal Jerman...

[t22i17] Potluck house warming rumah kawan Mummy di Sungai Merab

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini ada majlis makan-makan di rumah kawan Mummy yang baru didudukinya. Rumah banglo itu terletak di Jalan Caa Villa di Sungai Merab, bersebelahan dengan ladang ternakan ayam kampung Nuralis Agro sekaligus memudahkan mereka memperolehi bekalan daging ayam dan telur ayam. Mummy sibuk berbual dengan kawan-kawan beliau manakala Master pula mendengar para suami kawan-kawan Mummy berborak. Lukisan menggambarkan Mummy swafoto bersama kawan-kawan beliau semasa majlis potluck di rumah banglo baru kawan Mummy di Sungai Merab. # Saturday, 17 September 2022, 12:50 # OPPO Reno8 Pro 5G # IMG20220917125033 # Jalan Casa Villa, Kajang, Selangor # Maksud Merab? Tedi agak tertanya-tanya apakah maksud nama Sungai Merab itu? Malangnya perkataan "merab" tiada dalam kamus Bahasa Melayu. Tedi dapat tahu melalui internet bahawa di Sungai Merab ini ramai orang Bengkulu, tetapi tiad...

T21G07 Jangan dikenang lagi Piala AFC

KEKECEWAAN tidak dapat beraksi dalam Piala AFC tidak seharusnya menghantui pemikiran para pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) ketika mereka sedang berusaha untuk terus berada di kelompok teratas Liga Super dan hanya berada empat mata di belakang pendahulu, JDT. Justeru kata ketua jurulatihnya, Aidil Sharin Sahak, beliau mahu para pemain untuk tidak ‘meratapi’ kekecewaan itu dan perlu segera memberi fokus kepada saingan liga tempatan. Katanya, semua pihak perlu percaya akan hikmah di sebalik pembatalan aksi melibatkan KDA FC dan Terengganu FC (TFC) dalam saingan peringkat Asia tersebut selain berusaha menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin demi kebanggaan penyokong setia. “Di peringkat Piala AFC, kita mungkin sudah ‘selesai’ tetapi masih banyak tugas perlu dilaksanakan dalam liga tempatan, setidak-tidaknya menyamai pencapaian berada di kedudukan kedua Liga Super seperti tahun lalu. “Kami perlu lupakan segera kekecewaan ini dan segera bergerak ke depan. Dalam masa sama, saya memuji bari...

[t22c26] Membandingkan Mi Air Purifier 3H dengan Xiaomi Smart Air Purifier 4 Lite

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Pelik pula kebelakangan ini hidung tersumbat teruk pada setiap pagi. Puas sudah bersihkan bilik menggunakan pembersih hampagas atau penyedut habuk  iLife V55 Pro , PerySmith , dan Philips dan dipasang juga pembersih udara Cuckoo tetapi masih juga gatal-gatal hidung kami. Master selalu menyalakan lampu suluh pada telefon pintarnya dalam kegelapan bilik tidur utama di rumah kami dan kelihatan masih banyak debu-debu halus berterbangan dengan bebasnya. Adakah pembersih udara Cuckoo model  CAC-CD1210FW C-MODEL itu sudah tidak relevan dengan tahap pencemaran udara dalam rumah kami? Adakah teknologinya sudah ketinggalan zaman? Adakah sudah tiba masanya Master mencari pengganti kepada produk yang perlu dibayar RM 56.60 setiap bulan itu (bersamaan RM 679.20 setahun )? Atau adakah sebaliknya Master perlu menambah bilangan alat pembersih udara dalam rumah kami? Walau...

Pak Anjang meninggal dunia, Kenduri di Menara TM, ambil kunci Desa Mentari

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Terima berita kematian Pak Anjang Tok Mak, Tok Ayah, Pak Su Jim bertolak ke Salak Tinggi Singgah di Kampung Kenangan Puchong Tiba di Homestay Nur Kasih, Taman Desa Indah Menuju rumah arwah Pak Anjang Singgah di Kari Corner Bergerak ke Menara TM Singgah di Desa Mentari Singgah di D'Pulze Terima berita kematian Pak Anjang Kami menerima berita daripada Tok Mak pada sekitar jam 7 pagi, 7 Jan mengenai pemergian arwah Pak Anjang pada sekitar jam 5 ke 6 pagi. Master mengambil masa yang lama untuk memutuskan bahawa kami akan mengikut Tok Mak dan Tok Ayah pulang ke Pulau Pinang atau tidak. Master agak keberatan kerana beberapa faktor: Jarak yang jauh ke Bukit Mertajam di Pulau Pinang mengurangkan kadar peratusan kami untuk sempat mengikuti jenazah. Ini adalah kerana apa yang dituntut adalah bukannya melawat jenazah kerana kita patut menziarahi manusia semasa mereka ...

Planet paling terasing di angkasa lepas ditemui

Imej
Ahli kaji bintang (astronomi) temui planet tanpa matahari. Planet ini adalah 6 kali ganda lebih besar daripada Jupiter. Terletak kira-kira 80 tahun cahaya daripada Bumi. Ia tidak mengorbit mana-mana matahari. Ia terasing daripada mana-mana planet. Penemuan ini merupakan kes pertama kali saintis temui objek terapung bebas di angkasa lepas. Planet ini dikelaskan sebagai Objek Planet Berjisim dan dinamakan sebagai PSO J318.5-22 *** Tedi agak la kan, mesti ada apa-apa yang planet tu orbit.  Tapi kalau Allah nak jadikan sesuatu, perkara mustahil sebegini pun tiada masalah. *** Sumber bacaan Tedi : www.nbcnews.com - Astronomers say they've spotted lonesome planet without sun. 20200131, 20231026

[t19i13] Master mencari harta karun

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Hari ini Master ada aktiviti mencari harta karun bersama rakan sekerja, meninggalkan Mummy dan anak-anak di rumah. Terpaksalah  Mummy bawa Aidan ambil pelalian 3 bulan  di Klinik Kesihatan Salak. Tamat aktiviti mencari harta karun, Master dan team lead beliau singgah di Masjid Selat Melaka untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Ini adalah kali pertama Master bersemahyang di masjid ini. # Friday, 13 September 2019, 14:07 # 20190913 # SONY ILCE-5000 # DSC09174 #   Bangunan apakah yang kelihatan dari bilik hotel Master di DoubleTree by Hilton ni? Nampak menarik seolah-olah setiap unit kediaman di atas ada kawasan luar mereka sendiri. Mesti mahal ni. # Friday, 13 September 2019, 16:56 # 20190913 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # IMG_20190913_165609 # DoubleTree by Hilton Melaka # Jam 7:24 malam, Master turun untuk dinner tapi belum ada apa-apa pun...

Popular