بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini ada majlis makan-makan di rumah kawan Mummy yang baru didudukinya. Rumah banglo itu terletak di Jalan Caa Villa di Sungai Merab, bersebelahan dengan ladang ternakan ayam kampung Nuralis Agro sekaligus memudahkan mereka memperolehi bekalan daging ayam dan telur ayam.

Mummy sibuk berbual dengan kawan-kawan beliau manakala Master pula mendengar para suami kawan-kawan Mummy berborak.

The painting depicts Mummy taking a selfie with her friends during a potluck party at Mummy's friend's new bungalow in Sungai Merab.
Lukisan menggambarkan Mummy swafoto bersama kawan-kawan beliau semasa majlis potluck di rumah banglo baru kawan Mummy di Sungai Merab.
# Saturday, 17 September 2022, 12:50 # OPPO Reno8 Pro 5G # IMG20220917125033 # Jalan Casa Villa, Kajang, Selangor #

Maksud Merab?

Tedi agak tertanya-tanya apakah maksud nama Sungai Merab itu? Malangnya perkataan "merab" tiada dalam kamus Bahasa Melayu. Tedi dapat tahu melalui internet bahawa di Sungai Merab ini ramai orang Bengkulu, tetapi tiada pula terjumpa perkataan merab dalam bahasa Bengkulu. Sebenarnya Tedi masih belum menemui kamus Bengkulu, mungkin akan diusahakan nanti.

Oleh kerana perkataan "merab" tidak ditemui dalam kamus Bahasa Melayu ini bermakna sama ada perkataan "merab" ini tidak tepat ejaannya atau sebenarnya berasal daripada perkataan asing. Tidak mengapalah kita terjah sahaja sekadar untuk tambah pengetahuan. Pelik juga tiada sesiapa yang mengkaji asal-usul nama Sungai Merab ini.

Maksud perkataan merab dalam bahasa Arab

Merab ialah nama wanita Muslim. Perkataan "merab" adalah variasi ejaan daripada perkataan "marab". Maksud "merab" ialah tujuan. Kata jamak bagi "merab" adalah "ma'arib" dalam QS 20:18 di mana Nabi Musa alaihissalam menjelaskan tujuan-tujuan dia menggunakan tongkatnya.

Menarik sungguh penjelasan ini dan sangat mendalam. Jika benar ini bermakna nama Sungai Merab adalah bermaksud sungai yang menjadi tujuan seseorang.

Maksud perkataan merab dalam bahasa Injil

  • Dia yang bergaduh atau bersengketa.
  • Bertambah

Maksud perkataan "merab" dalam bahasa Urdu

Bunga Syurga

Jika berasal daripada perkataan Arab adakah perkataan sebenarnya "mihrab"?

Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa "mihrab" bermaksud bahagian masjid (surau, langgar, dan lain-lain) yang menganjur ke kiblat di mana tempat imam memimpin sembahyang.


Rujukan


~20220917~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih