بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini Master ada aktiviti mencari harta karun bersama rakan sekerja, meninggalkan Mummy dan anak-anak di rumah. Terpaksalah Mummy bawa Aidan ambil pelalian 3 bulan di Klinik Kesihatan Salak.


Tamat aktiviti mencari harta karun, Master dan team lead beliau singgah di Masjid Selat Melaka untuk menunaikan solat fardhu Jumaat. Ini adalah kali pertama Master bersemahyang di masjid ini.
# Friday, 13 September 2019, 14:07 # 20190913 # SONY ILCE-5000 # DSC09174 #
 

What building is visible from the Master hotel room at DoubleTree by Hilton? It looks interesting as if each residential unit above has their own outdoor area. It must be expensive.
Bangunan apakah yang kelihatan dari bilik hotel Master di DoubleTree by Hilton ni? Nampak menarik seolah-olah setiap unit kediaman di atas ada kawasan luar mereka sendiri. Mesti mahal ni.
# Friday, 13 September 2019, 16:56 # 20190913 # Kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A # IMG_20190913_165609 # DoubleTree by Hilton Melaka #

At 7:24 p.m., Master came down for dinner but there was nothing yet, only drinks and snacks, you can chat with friends from the office.
Jam 7:24 malam, Master turun untuk dinner tapi belum ada apa-apa pun cuma ada minuman dan makanan ringan sahaja, bolehlah sambil berborak dengan kawan-kawan sepejabat.
# Friday, 13 September 2019, 19:24 # SONY ILCE-5000 # DSC09180 #
Lemon Light Cream Cheese Cake which is the Master's choice during dinner. Dinner is a bit limited, perhaps spending more on booze.
Lemon Light Cream Cheese Cake yang menjadi pilihan Master semasa jamuan makan malam anjuran syarikat beliau. Hidangan makan malam agak terhad, mungkin perbelanjaan lebih ditumpukan kepada minuman keras. Agak menyedihkan apabila ada juga individu Muslim yang minum arak yang dihidangkan. Master pula tidak mengenali botol arak, disangkanya minuman sparkling tetapi tetap juga rasa was-was di hati, rupa-rupanya betullah arak.
# Friday, 13 September 2019, 20:00 # Xiaomi Redmi Note 5A # IMG_20190913_200017 # DoubleTree by Hilton Melaka #

 


~20190913~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih