Catatan

Tips Mengatasi Amarah

Imej
Marah adalah satu nafsu yang sukar untuk dikawal. Ia bagaikan api, dan asalnya daripada api neraka, perlu dikawal ketika ia menerpa jiwa agar kita tidak meledak dan kemudian menyesal, sehinggakan orang yang dapat menahan marah digolongkan sebagai manusia yang gagah perkasa. Ini adalah beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk menguasai kemarahan: Jangan berkata apa-apa ketika kita sedang marah - kerana selalunya semasa marah kita akan keluarkan ayat-ayat yang mengarut dan tak sedap didengar. Berfikir sebelum bercakap - lebih mampu kita berfikir, lebih cool kita boleh jadi, jantung pun lebih relax . Ambil masa untuk bertenang. Banyakkan minum air kosong - kerana ia menyejukkan. Kekal gunakan perkataan ganti diri "saya", dan bukannya "aku". Tarik nafas dalam-dalam. Jangan berdendam - sentiasa memaafkan. Gunakan bahasa yang sopan. Senyum - dengan menawan. 20160427

Haiwan aneh ditemui di Sungai Siput

Imej
Fuh, selama Tedi jadi Raja Rimba ni, ada juga haiwan yang Tedi tak kenal rupanya! Ular Karung Guni atau Ular Guni Buruk. Mungkin namanya sebegitu kerana kalau ia tak bergerak, akan disangkakan guni buruk? Beberapa pekerja pembinaan ketakutan apabila menemui seekor haiwan aneh ketika menggali parit di Kampung Muhibbah, Sungai Siput, Perak, Malaysia. Haiwan itu seperti kacukan di antara ular dan biawak , dan ada yang menggambarkannya kelihatan seperti seekor anjing ! Badannya lembik seperti lintah. Kulitnya bersisik seperti biawak. Beratnya 25 kilogram dan panjangnya hampir 2 meter Haiwan itu tidak bertindak agresif apabila ditangkap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Dimaklumkan ia adalah sejenis ular air yang dipanggil Ular Guni Buruk atau Ular Karung Guni. Ia tidak berbisa dan hanya makan ikan, walaupun mampu menggigit. Siapakah sang Ular Guni Buruk atau Ular Karung Guni ini? Tedi tak puas hati kerana tiada rekod mengenai ular ini. Melalui pembacaan dan pen...

Konvo Mak Su di IPG Kampus Bahasa Melayu

Imej
Hari ini konvokesyen Institut Pendidikan Guru hari pertama. Mak Su Izzati salah seorang penuntut IPG yang turut diraikan dalam konvokesyen kali ini sempena tamatnya pengajian beliau di Insititut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi.. Orang memang ramai dan tapak konvo itu tidak berapa luas kerana terletak di atas bukit. Ada surau yang besar dan selesa. Makanan dan minuman pula dijual agak mahal. Ada air minuman segelas RM 3 membuatkan mereka yang ada ramai ahli keluarga agak garu kepala ketika mahu membelinya. Sesungguhnya dasar memeras pelanggan amat kuat di hati peniaga di Malaysia. Jika mereka tahu banyak permintaan kerana bekalan terhad, mereka akan naikkan harga ikut suka mereka. Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Gambar di atas ni adalah semasa kami dalam perjalanan keluar daripada tapak konvokesyen di Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Jalan sesak teruk disebabkan ada manusia yang meletakkan kereta di tepi jalan sehingga menjadi satu lorong...

Foto kandungan setitis air laut.

Imej
Pernahkah kita memikirkan apakah yang ada dalam setitis air laut? Air laut berasa masin, apabila kita telan, atau tertelan akan ia. Tentunya kemasinan air laut itu dek kerana ia kandungi garam. Tipikal, itulah pandangan kita terhadap air laut. Namun, tidakkah kita berasa ragu-ragu atau jelik dengan kandungan air laut yang kita tertelan itu? Foto di bawah ini mungkin bisa mengubah pandangan manusia terhadap air laut seperti mana ia mengubah pandangan Tedi. Jurugambar David Littschwager mengambil gambar menakjubkan setitis air laut yang diperbesarkan sehingga 25 kali yang menunjukkan ekosistem larva ketam, diatom, bakteria, telur-telur ikan, zooplankton, dan cacing. Errrkkk... cacing??? OMG.  Sumber bacaan Tedi: http://earthsky.org/todays-image/a-single-drop-of-seawater-magnified-25-times 20140517

Sasaran tiga mata lebih penting - Kipre

Alor Setar: Penyerang import Kedah Kipre Tchetche mahu melupakan seketika jumlah jaringan tujuh gol yang dihasilkan untuk skuad Lang Merah setakat ini dalam Liga Super sebaliknya berazam mahu membantu Kedah mengutip tiga mata apabila bertandang ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur berdepan Melaka United malam esok Penyerang kelahiran Ivory Coast ini berkata jumlah jaringan itu tetap memberi lonjakan motivasi buat dirinya, namun sasaran tiga mata buat pasukan lebih penting bagi memastikan kedudukan Kedah dapat kembali kekal pada tangga kedua Liga Super musim ini. "Saya bersyukur kerana dapat membantu Kedah dan menghasilkan jumlah tujuh gol setakat ini, tetapi apa yang lebih penting buat saya adalah kejayaan pasukan untuk mendapatkan kemenangan memandangkan saingan sangat sengit merebut tempat kedua liga. "Sebagai penyerang, memang tugas saya mencari seberapa banyak gol, namun saya tidak meletakkan kepentingan peribadi sebagai perkara utama kerana usaha secara berpasukan adalah as...

Kedah FA tertekan tumpang Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menentang Melaka United

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ ALOR SETAR: Pengendali Kedah FA, Aidil Sharin Sahak sekali lagi berdepan tekanan beraksi di luar gelanggang sendiri selepas perlawananan menentang Melaka United yang dijadualkan di sini, malam esok (Ahad) terpaksa ditunda ke Isnin dan diadakan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. Penundaan itu terpaksa dilakukan berikutan pandemik COVID-19 di negeri Kedah Darul Aman terus meningkat. Kami turut terkejut dengan pengumuman ini kerana apa yang kami faham daerah Kota Setar bukan lagi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) seperti sebelum ini. "Namun apa boleh buat, kami tetap menerima keputusan ini selepas mendapat arahan. Pun begitu pemilihan stadium yang jauh di Kuala Lumpur ini jelas memberi kesan dari segi persiapan buat pasukan Kedah. Perlawanan gelanggang sendiri yang ditukar ke Stadium Bolasepak Kuala Lumpur mendatangkan kesan buruk kepada pe...

Bereskan Tukar Meter Rumah Desa Mentari, Tukar Radio Subaru XV

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Hari ini kami ada dua aktiviti utama. Tukar meter air pukal ke meter air individu di Desa Mentari Pertama kami ke Blok 2 Desa Mentari untuk selesaikan hal penukaran meter air pukal kepada meter air individu. singgah di Petronas Desa Mentari untuk fotostat dokumen yang diperlukan untuk tukar meter air daripada meter pukal kepada meter individu. Teks: Petronas Primax 95 dengan pro-drive. bebaskan gerakmu, pam petrol stail bos di sini. Setel. # Saturday, 15 August 2020, 11:41 # 20200815 # IMG_20200815_114118 # Xiaomi Redmi Note 5A # Ganti set infotainment Subaru XV STI Kedua kami ke Brother's Mall Wholesale City di USJ 1 di Subang Jaya di Selangor di Malaysia untuk tukar set infotainment kereta Subaru XV yang telah rosak dalam masa hanya 5 tahun! Set infotainment asal kereta Subaru XV menggunakan jenama Kenwood model DNX5350BT yang telah rosak tak sampai 5 tahun kereta dibeli. Pusat servis Subaru kata kalau tukar di Subaru makan RM 200...

Popular