Konvo Mak Su di IPG Kampus Bahasa Melayu
Hari ini konvokesyen Institut Pendidikan Guru hari pertama.
Mak Su Izzati salah seorang penuntut IPG yang turut diraikan dalam konvokesyen kali ini sempena tamatnya pengajian beliau di Insititut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam Bangi..
Orang memang ramai dan tapak konvo itu tidak berapa luas kerana terletak di atas bukit. Ada surau yang besar dan selesa. Makanan dan minuman pula dijual agak mahal. Ada air minuman segelas RM 3 membuatkan mereka yang ada ramai ahli keluarga agak garu kepala ketika mahu membelinya. Sesungguhnya dasar memeras pelanggan amat kuat di hati peniaga di Malaysia. Jika mereka tahu banyak permintaan kerana bekalan terhad, mereka akan naikkan harga ikut suka mereka.
20180818






Ulasan