بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pengenalan

Kadangkala sambungan Internet melalui perkhidmatan Unifi di rumah kami menghadapi masalah tiada Internet.

Selalunya Master akan tutup router Unifi tu selama 10 saat dan kemudian menghidupkannya semula. Tadaa, sambungan Internet pulih kembali. Tedi kebingungan dalam hal ini, kenapa reboot peralatan bernama router itu boleh memulihkan kembali sambungan Internet?

Langkah pertama pulihkan sambungan Internet

Menghidupkan semula (reboot) penghala (router) dapat menyelesaikan masalah sambungan Internet tertentu seperti masalah tidak ada sambungan Internet atau sambungan tanpa wayar yang perlahan.

Reboot penghala harus menjadi salah satu langkah penyelesaian masalah pertama anda di persekitaran rumah atau pengguna.

Ia juga merupakan amalan keselamatan yang baik untuk sekali-sekala menghidupkan semula penghala.

Apakah maksud "reboot"?

Bagi sesiapa yang langsung tak faham maksud reboot ini, Tedi boleh ringkaskan ia sebagai perbuatan mematikan dan menghidupkan semula peralatan komputer.

Kadang-kadang Tedi panggil restart sahaja.

Berapa kerap perlu reboot router?

Secara umumnya kita dinasihatkan untuk reboot router setiap 2 bulan. Tetapi kalau nak lebih bagus, reboot sahaja setiap hari.

Bila kena tukar router?

Eh, kenapa pula tiba-tiba tanya pasal nak tukar router? Apa hubungan di antara reboot router dan tukar guna router baru?

Ya lah, asyik reboot je kadangkala perkakasan elektronik kena tukar juga kan.

Jangka masa untuk tukar router ialah di antara 3 hingga 4 tahun. Alah, macam tukar telefon pintar jugalah, 2 tahun je dah sibuk nak tukar.


~20201020~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih