بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini Master ke kedai runcit untuk beli gula pasir

Tiba-tiba sahaja bekalan gula pasir kasar di rumah kami kehabisan. Memandangkan negeri Selangor kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, sempadan negeri ditutup menyebabkan kami tak dapat pergi ke pasaraya di Bandar Baru Nilai di Negeri Sembilan.

Bandar Baru Nilai adalah pusat komersial yang terhampir dengan Bandar Baru Salak Tinggi dan mempunyai 3-4 buah pasaraya. Belum masuk pasaraya yang terletak di pinggir bandar itu.

Terpaksalah Master pergi ke kedai runcit berhampiran.

Harga gula pasir 1 kg RM 2.90

Harga gula pasir yang Master beli di kedai runcit yang lebih mesra dipanggil kedai Acheh itu ialah RM 2.90 satu kilogram, membuatkan Master agak terjeda.

Rasanya macam selalunya harga gula pasir ialah RM 2.50 sekilogram.

Master merujuk kepada Tedi malangnya Tedi tiada rekod harga gula pasir kasar selama ini. Maka ini adalah catatan pertama untuk rujukan masa hadapan.

Sekian, Terima kasih.


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih