Tidak selamat menggunakan Vicks VapoRub di dalam hidung kerana boleh diserap ke dalam badan anda melalui selaput lendir yang melapisi lubang hidung anda.  Vicks VapoRub mengandungi kapur barus, yang boleh memberi kesan toksik jika diserap ke dalam badan anda.  Ia sangat berbahaya bagi kanak-kanak jika ia digunakan di dalam saluran hidung mereka. 27 April 2020

Itu adalah salah satu petikan yang agak mengejutkan ketika Tedi mencari kaedah mengubati hidung tersumbat.

Kita sangat rapat dengan Vicks VapoRub ni, kalau kita rasa hidung tersumbat kita akan gunakannya. Tetapi Tedi tak pernah tahu bahawa Vicks VapoRub ini rupanya berbahaya, malah pengeluarnya sendiri melarang kita daripada menyapunya berhampiran hidung, selain larangan menggunakan Vicks VapoRub kepada kanak-kanak bawah 2 tahun.