Satu siri kesan pada lumpur yang telah didedahkan oleh ribut di Norfolk telah dikenalpasti sebagai tapak kaki manusia terawal di luar Afrika.

 
Gambar menunjukkan kesan tapak kaki dipercayai berusia 800 ribu tahun. http://www.wired.co.uk/news/archive/2014-02/08/footprints
 

Tapak kaki berusia 800,000 tahun itu ditemui di pantai Happisburgh pada bulan Mei tahun 2013 ketika air surut.

Tapak kaki itu hilang selepas dikenalpasti tetapi sempat dirakam dan diimbas, dipercayai berasal daripada 5 individu - termasuk seorang lelaki dewasa dan beberapa kanak-kanak.

Cuma yang masih menjadi tanda tanya ialah siapakah manusia tersebut?

Ada spesis dikenali Homo antecessor diketahui menetap di Eropah selatan dan telah menyeberangi daratan yang ketika itu menghubungkan Perancis dan England.

Manakala spesis Homo sapiens tidak wujud di England sehinggalah 40,000 tahun dahulu.

kesan tapak kaki zaman purba ditemui di buritan


20140209